gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Pertama Kali Catwalk KLFW2025, Bella Astillah Nervous - “Design Baju Saya Serah Sepenuhnya Kepada…”
HIBURAN
Sofyank Syukur Dapat Jumpa Jackie Chan Di Beijing, Impikan Kolaborasi Suatu Hari Nanti - “Bertentang Mata & Berbual Pun Dah Cukup”
VIRAL
Power Of Sedekah! Prince Syed Kongsi Rezeki RM800,000 Dengan Followers, Rumah Anak-Anak Yatim - "Lagi Banyak Kita Bagi, Lagi Banyak Allah Balas"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Kekasih Pelawak Sule 18 Tahun Lebih Muda, Seusia Anaknya Rizky Febian

Maliah Surip
Maliah Surip
30/11/2023
06:42 MYT
Sponsor Banner
Kekasih Pelawak Sule 18 Tahun Lebih Muda, Seusia Anaknya Rizky Febian
Dua kali kandas dalam perkahwinan, pelawak popular Sule langsung tidak takut untuk kembali bercinta dan membina semula institusi kekeluargaan.

BERITA TRENDING: Sule ‘Naik Angin’ Bila Ada Yang Tanya Bakal Menantu Akan Peluk Agama Islam Atau Tidak

Sule kini berbahagia menganyam cinta baharu selepas bercerai dengan Nathalie Holscher pada tahun lalu.

BERITA TRENDING: Hampir Setahun Bergelar Janda, Bekas Isteri Pelawak Sule Buka Tudung

Kekasih baharu Sule dikenali sebagai Santyka Fauziah. Dia merupakan seorang pempengaruh media sosial di Indonesia.
Menariknya mengenai percintaan Sule dan Santyka adalah jurang usia keduanya yang boleh disifatkan agak jauh.
Sule kini berusia 47 tahun manakala Santyka muda 18 tahun daripadanya.
Santyka yang berasal dari Sumedang tersebut baru berusia 25 tahun. Usia Santyka adalah sama dengan anak sulung Sule yang juga merupakan penyanyi popular, Rizky Febian.
Bercakap mengenai perbezaan usia sehingga 18 tahun, Sule mengaku tidak mempunyai masalah.
Dia kemudian mengambil contoh perbezaan usia sahabatnya dengan isteri yang lebih jauh iaitu 30 tahun.
“Teman saya di Jenong dia menikah umur 65 tahun, perempuannya umur 18 dan dia sampai mati.
“Saya cuma 18 tahun, di Jenong itu beda lebih dari 30 tahun, jadi tidak ada masalah," katanya seperti dilaporkan Insertlive.
Sule juga hanya meminta didoakan yang terbaik, termasuk soal isu menikah tahun depan.
"Lihat saja nanti. Doakan yang terbaik. Kalau orang mendoakan yang baik itu akan berbalik baik," pintanya.
Malah kata Sule dia juga sudah memperkenalkan kekasih baharunya itu kepada lima anaknya.

PILIHAN PEMBACA: "Jangan Jadi Macam Ayah" - Pesan Pelawak Sule Buat Rizky Febian Yang Baru Bertunang!

Topic Berkaitan
#Anak
#Pelawak
#Indonesia
#Kekasih
#Muda
#Sule
#Rizy Febian
#Santyka Fauziah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement