Advertorial

Syoknya Bila Menyelam Di Lautan Jernih Membiru… 5 Lokasi Selam Skuba di Malaysia Wajib Anda Kunjungi!

Kamaruddin Razal
04/09/2019
20:11 MYT
Sponsor Banner
Syoknya Bila Menyelam Di Lautan Jernih Membiru… 5 Lokasi Selam Skuba di Malaysia Wajib Anda Kunjungi!
Aktiviti selam skuba merupakan salah satu aktiviti popular yang dilakukan oleh pelancong yang berkunjung ke Malaysia.
Kaya dengan laut dan pantai yang membiru, aktiviti ini sering menarik tumpuan pelancong untuk melawat negara kita.
Sempena minggu eTravelFair yang bermula pada 2 September hingga 8 September ini, Gempak senaraikan beberapa lokasi yang wajib singgah untuk mereka yang suka dengan aktiviti selam skuba… Jom, Cuti-Cuti Malaysia!
Pulau Perhentian, Terengganu
Kredit foto: PerhentianIslandResort
Pulau ini memang terkenal dengan keindahannya yang sungguh mengasyikkan. Laut yang membiru menggamit mereka yang suka menyelam untuk datang ke sini dan kalua anda bertuah, anda boleh menyelam dengan penyu dan hidupan air yang cantik! Selain itu, banyak juga kelas atau sekolah skuba dibuka di sana untuk mereka yang ingin meneroka aktiviti ini dengan lebih mendalam.
Pulau Sipadan, Sabah
Kredit foto: TripAdvisor
Destinasi ini menyajikan keunikan tersendiri dengan nuansa yang sangat tenang dan ia masih mengekalkan ciri-ciri alam semulajadi. Menariknya, Pulau Sipadan pernah tersenarai dalam 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia oleh New 7 Wonders of Nature Votes Committee!
Pulau Redang, Terengganu
Kredit foto: GoVisitRedang
Pulau Redang adalah salah satu pulau yang tercantik di Malaysia. Menjadi salah satu pulau yang terbesar di pantai timur Malaysia, pulau ini menyajikan keindahan tersendiri. Tersedia beberapa ‘point’ skuba yang menarik di sana iaitu Tunnel Point yang mempunyai batu bata yang besar seperti dalam terowong serta Maxi Mount yang merupakan gunung di bawah air!
Pulau Payar, Langkawi, Kedah
Kredit foto: LivingNomads
Jika anda singgah ke Langkawi, jalan lupa untuk ke Pulau Payar jika anda suka melakukan aktiviti selam skuba. Kalau anda gemar menyelam, pulau ini sesuai untuk anda. Biarpun ia tidak berpenghuni, pulau ini menjadi pilihan untuk mereka yang suka menyelam atau mahu melakukan aktiviti snorkeling.
Pulau Bohey Dulang, Semporna, Sabah
Kredit foto: SabahUp2Date
Destinasi ini cukup menarik kerana ia terbentuk daripada letusan gunung berapi yang terjadi jutaan tahun dahulu. Untuk ke sana, anda perlu menaiki bot dari jeti di Semporna dan perjalanannya mengambil masa selama setengah jam. Pastinya pengalaman selam skuba di Pulau Bohey Dulang merupakan sesuatu yang unik kerana tempat ini masih mengekalkan keindahannya kerana ia menjadi pusat perlindungan marin di Malaysia.
Ini masanya untuk anda merancang explorasi skuba anda dengan mendapatkan pakej percutian Cuti-Cuti Malaysia terbaik, hanya di eTravelFair. Klik di SINI untuk info lanjut.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar