Berita

Tahanan Penjara Meninggal Dunia Dengan Kesan Kecederaan Di Anggota Badan

Gempak
31/12/2024
02:25 MYT
Sponsor Banner
Tahanan Penjara Meninggal Dunia Dengan Kesan Kecederaan Di Anggota Badan
Seorang tahanan meninggal dunia dengan kesan kecederaan di beberapa bahagian anggota badan dipercayai semasa berada di sebuah penjara di sini pada 12 Disember lalu.

BERITA BERKAITAN: Penyanyi Thailand, Deqnee Dusongnyo Ganti Eda Ezrin Nyanyi Lagu Bea Soba Bea Raya

BERITA BERKAITAN: PU Azman Dipenjara Lagi Enam Tahun, Satu Sebatan

Kakak mangsa, Zealeha Mohamed Nor, 45, berkata, adik lelakinya yang berusia 32 tahun itu meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selepas sehari menerima rawatan.
Menurutnya, sehari sebelum itu, pada 11 Disember lalu, dia menerima panggilan telefon daripada pihak penjara memaklumkan mangsa tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital terbabit untuk rawatan selain turut ditidurkan di wad kecemasan.
“Hari sama di hospital saya tengok banyak kesan cedera pada badan adik saya.
“Ada luka di kepala, bibir, cedera urat di buku lali kaki kanan, patah gigi hadapan serta lebam mata kiri dan kedua-dua belah lengan selain ada kesan seperti dirotan,” katanya kepada pemberita di pada Isnin.
Zealeha memberitahu, semasa memandikan jenazah pula mendapati ada kesan seperti dicucuk dengan api rokok di bahagian belakang badan mangsa.
Dia berkata, adiknya ditangkap pada 15 November lalu dan direman selama tiga hari sebelum ditempatkan di penjara terbabit sementara menunggu prosiding pendakwaan yang sepatutnya dijalankan pada 17 Disember lalu.

“Pada 7 Disember lalu, kami sekeluarga melawatnya di penjara dan terkejut melihat keadaan dia yang sangat lemah serta tidak dapat bercakap.

“Dia dipapah dua rakan semasa bertemu kami, saya dan ibu menangis serta bertanya kepadanya apa yang berlaku tapi dia tidak menjawab kerana tidak bermaya,” katanya.
Zealeha berkata, dia juga cuba mendapatkan penjelasan warden tetapi hanya dimaklumkan adiknya itu tidak sihat.

“Laporan hospital menyatakan kematian adik saya disebabkan pendarahan dalam otak.

“Bagaimanapun, kami sekeluarga tidak berpuas hati dan membuat laporan polis di Balai Polis Pasir Puteh pada 16 Disember lalu supaya siasatan dilakukan atas kematian adik saya,” katanya.
Sinar Harian dalam usaha mendapatkan maklum balas daripada pihak polis berhubung perkara ini.
Sumber:Sinar Harian
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024