Hiburan
"Tahniah Buat Bekas Sahabat Saya Ruhainies Berjaya Runtuhkan Masjid" - Bella Astillah
Pelakon Bella Astillah menitipkan ucapan panjang selepas selesai prosiding pencerainnya bersama pelakon Aliff Aziz.
Bella meluah
Menerusi perkongsian Instagramnya, Bella meluahkan rasa isi hatinya terhadap perjuangan mempertahankan rumah tangganya.“Berakhirlah kisah kami.Saya selalu percaya bahawa peluang mampu mengubah seseorang tetapi hanya jika digunakan dengan baik.
“Dan kesalahan yang dibuat berulang-ulang bukan lah satu kesilapan akan tetapi pilihan.
Saya selalu mengimpikan rumahtangga yang kekal tetapi bila difikirkan balik, seberapa banyak peluang yang saya berikan tapi pada akhirnya saya tidak mampu melawan takdir.
BERITA TRENDING: Adik Nafi Bella Astillah Sudah Berbaik Dengan Aliff Aziz - “Saya Bagi Berita Sahih, Memang Nak Cerai”
BERITA TRENDING: Bella Astillah Mohon Semua Pihak Henti Buat Andaian Mengenai Rumah Tangganya - “Tak Bermakna Bila Saya Tak Nak Jawab,…
BERITA TRENDING: “Beraninya Buat Fitnah!” - Didi Astillah Berang Dituduh Pernah Bercinta Dengan Aliff Aziz
BERITA TRENDING: Tak Perlu Panjang Cerita, DSV Nasihat Aliff Aziz Move On
“Sudah cukup memperjuangkan hubungan ini tapi perjuangan ini sia sia kerana saya seorang sahaja yang berjuang,” tulisnya.
Malah, Bella turut mengucapkan ucapan tahnih kepada aktres Ruhainies merangkap bekas sahabatnya kerana telah meruntuhkan rumah tangganya.
“Selepas hari ini, saya tidak lagi ingin mencintai seseorang terlalu dalam, kerana jika berpisah, lukanya pun pasti terlalu dalam.
“Dan buat kali terakhir saya ingin mengucapkan tahniah kepada bekas sahabat saya, Ruhainies kerana berjaya meruntuhkan masjid ini dan anak-anak saya kehilangan bapa mereka.
“Dan buat kali terakhir saya ingin mengucapkan tahniah kepada bekas sahabat saya, Ruhainies kerana berjaya meruntuhkan masjid ini dan anak-anak saya kehilangan bapa mereka,” tambahnya.
Sebelum ini, Peguam mewakili Aliff, Hadi Salleh mengiyakan terma-terma tersebut dan mengakui anak guamnya setuju melafazkan cerai dengan talak satu.
Terdahulu, Bella memfailkan perceraian daripada suami, Aliff pada 11 Mac lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Sebaik sebutan pertama di hadapan hakim, Wan Mohd Najib Wan Hamat, berakhir, Bella yang ditemui pemberita, memberitahu dia nekad untuk bercerai. Bagaimanapun, Aliff tidak hadir ke prosiding tersebut atas urusan penggambaran.
Seterusnya, pada prosiding yang berlangsung pada 4 April lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan Aliff dan Bella perlu hadir ke proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) berikutan keputusan Aliff yang tidak bersetuju dengan permohonan cerai dibuat isterinya.
Sebelum ini juga terdapat dakwaan Bella sudah berbaik dengan Aliff selepas tarikh sebutan kes perceraian mereka ditunda daripada 4 Jun kepada hari ini.
Bella kemudiannya memuat naik kenyataan di Instagram menyatakan dia sudah lama ‘move on’ dan kini hidup tenang.
Sejak Mac lalu, rumah tangga Bella dan Aliff, menjadi topik hangat apabila Aliff didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu.
Terdahulu, media melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita, dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.