Hiburan

Tak Boleh Hidup Bersama, Tiada Persefahaman & Berlaku Shiqaq Punca Diana Danielle Nekad Nak Cerai

Umirah Halim
04/11/2024
03:25 MYT
Sponsor Banner
Tak Boleh Hidup Bersama, Tiada Persefahaman & Berlaku Shiqaq Punca Diana Danielle Nekad Nak Cerai
Peguam syarie mewakili Diana Danielle iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan punca aktres itu nekad untuk memfailkan cerai terhadap Farid adalah disebabkan tiada persefahaman.
Malah, shiqaq berpanjangan juga turut menjadi salah satu punca Diana Danielle memilih untuk berpisah.

“Diana berkata punca dia mahu bercerai adalah kerana dia tidak boleh lagi hidup bersama dengan Farid, selain tiada persefahaman dan berlaku shiqaq berpanjangan, iaitu pergaduhan yang tidak boleh dibaiki,” katanya kepada Gempak.

Sementara itu, Akberdin menjelaskan pasangan selebriti ini perlu memfailkan permohonan rujuk bagi kes cerai pada 10 Ogos tahun lalu sebelum memohon perceraian kali kedua.
“Pihak kami sudah memfailkan dua permohonan iaitu permohonan rujuk bagi perceraian yang berlaku pada 10 Ogos tahun lalu, dan kedua adalah permohonan cerai kali kedua.

“Anak guam (Diana) saya mengambil masa yang lama untuk memfailkan rujuk, jadi sekarang ini kena daftar dulu dan selepas itu baru buat permohonan cerai yang baru.

“Perbicaraan bagi kedua-dua kes tersebut akan berlangsung pada 20 November ini. Pihak dedendan, Farid perlu hadir bagi sebutan cerai,” katanya.
Sebutan pertama bagi permohonan rujuk dan perceraian bersama aktor, Farid Kamil akan berlangsung pada 20 November ini.
Terdahulu, ketika tiba di mahkamah, Diana hanya mengharapkan semua urusan perceraian mereka berjalan dengan baik selain berpendapat tiada keperluan sekiranya harus melalui proses mahkamah yang berpanjangan selepas ini.

BERITA TRENDING: Sudah Tegur Suami Pakai Rantai Emas, Atikah Suhaime Mohon Netizen Tak ‘Over’ Ketika Menegur - “Sakitkan Hati Sesama Manusia Pun Berdosa”

BERITA TRENDING: Lamborghini Bukan Untuk Fattah Amin, Tapi...

BERITA TRENDING: Kucing Peliharaan Di Bangkok Wajib Tanam Mikrocip

BERITA TRENDING: Tomok & Siti Nordiana Berkongsi Pentas, Janji Akan Imbau Kenangan Bersama Peminat - "Ini Kali Pertama Kami Berkolobarasi Demi..."

Malah, peguam turut memaklumkab bahawa tiada persefahaman dan syiqaq berpanjangan menyebabkan Diana nekad untuk bercerai.
Sebelum ini, pemilik nama lengkap Diana Danielle Danny Beeson, 34, mengejutkan ramai apabila mengumumkan nekad untuk berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.
Pelakon filem Imaginur itu juga enggan lagi dipujuk malah mendakwa sega janji yang ditabur Farid sebelum ini tidak pernah tertunai.
Farid atau Farid Kamil Zahari, 43, dalam satu temu ramah baru-baru menyifatkan kemelut rumah tangga dengan Diana hanya perselisihan faham yang sangat kecil.
Dalam masa sama, Farid menerima dengan baik keputusan Diana untuk memfailkan perceraian malah bersedia memberikan komitmen terhadap proses yang bakal didepani kelak.
Difahamkan, Farid berada di lokasi penggambaran tatkala Diana meluahkan hasrat tersebut menerusi satu hantaran dalam media sosial.
Pada 10 Mac tahun lalu, Diana pernah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu namun, kembali rujuk sebulan kemudian.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar