Laman Utama

“Tak Boleh Tengok Dan Cakap Untuk 5 Jam, Lubang Hidung Je Ada Ruang Bernafas” - Ramona Zamzam

Mya Amri
11/05/2021
08:45 MYT
Sponsor Banner
“Tak Boleh Tengok Dan Cakap Untuk 5 Jam, Lubang Hidung Je Ada Ruang Bernafas” - Ramona Zamzam
Pelakon Ramona Zamzam akui penat membawakan watak yang hampir sama dalam kebanyakan lakonannya.
Ramona berkongsi perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya.
“Sebenarnya Ramona penat, penat bawak watak cantik, penat bawak watak orang kaya, penat bawak watak city girl, penat bawak watak penggoda dan sekian-sekian lah. I mean not all the time, but most of the time,” tulisnya.
Bagaimanapun, kata Ramona dia berasa teruja kerana berjaya membawakan watak yang agak berlainan seperti sebelum ini.
“Ini adalah sebahagian babak dari Ibu Belum Mati lepas watak Munah dah mati, berlakon pakai teknik solekan khas boleh jadi amat memenatkan.
“Muka Ramona ditutup dengan latex ini - tak boleh tengok dan bercakap untuk lima jam. Hanya lubang hidung saja yang ada ruang untuk bernafas.
“Selain itu, waktu tukar shot orang tolong pimpinkan dan baring, tunggulah sampai kena masuk set balik,” coretnya.
Walaupun berdepan dengan cabaran sewaktu melakonkan watak sebagai Maimunah namun kata Ramona, dia amat menyukainya.
“Walaupun agak memenatkan, saya jatuh cinta dengan Maimunah, seorang ibu tunggal yang hidup susah dengan anaknya Saiful.
“Agak meruntun jiwa untuk bawa watak ni sebab saya akan jadi lebih beremosi bab-bab anak mati mak ni,” kongsinya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar