HIBURAN
One Cent Thief 2: Episod 3 Penuh Kejutan Dan Pengkhianatan, Situasi Tegang Dalam Misi Penyelamatan Chen
Dalam episod 3 yang penuh kejutan, Chen ditahan oleh David, yang ternyata adalah bos yang pernah dibocorkan rahsianya oleh Chen.
Dalam usaha menyelamatkannya, Iman dan Diyana berjaya mengesan keluarga Chen dan menjadikan ibu serta anak perempuannya sebagai tebusan.
Sementara itu, Intan semakin hilang harapan dalam perjuangannya, menyebabkan pertengkaran hebat dengan Abah.
Dzia, yang menyedari keadaan itu, melanggar protokol untuk memberi semangat kepada Intan agar tidak menyerah kalah.
Situasi tebusan bertukar menjadi huru-hara apabila tembakan dilepaskan, tetapi Diyana berjaya membuat ibu David bekerjasama dengan mengancam anak perempuannya.
Ketika pertukaran tebusan, keadaan semakin tidak terkawal apabila penembak tepat hampir meragut nyawa Diyana, tetapi Iman bertindak pantas menyelamatkannya. Dalam detik singkat, Iman menumpaskan penembak tepat itu dan membunuh David, menandakan perubahan besar dalam kisah ini.
Pada masa yang sama, Chandran menemui bukti bahawa Dzia melanggar protokol dan Intan menerima dokumen berkaitan TIF.
Bertindak atas maklumat itu, Chandran menangkap Intan dengan bantuan Dzia sendiri. Pengkhianatan ini mengejutkan dan menimbulkan persoalan mengenai kesetiaan serta permainan kuasa yang semakin rumit.
Dengan situasi semakin tegang, penonton pastinya tidak sabar untuk melihat apa yang bakal terjadi seterusnya.
Saksikan One Cent Thief 2 Kini di OnDemand, Astro GO bermula jam 12 tengah malam, manakalam jam 9 malam di Astro Citra (saluran 108), serta hari Isnin jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), serta sooka.
Must-Watch Video