Laman Utama

“Tak Sakit Ke Kena Cucuk?”- Nazim Othman Buat ‘Muka Raya’, Ramai Ngeri Tengok Jarum & Darah

Syafiqah Jalal
28/04/2022
23:45 MYT
Sponsor Banner
“Tak Sakit Ke Kena Cucuk?”- Nazim Othman Buat ‘Muka Raya’, Ramai Ngeri Tengok Jarum & Darah
Pelakon Nazim Othman berkongsi pengalamannya membuat rawatan muka selepas kulitnya dikatakan terkena kesan matahari yang teruk atau ‘sunburnt’.
Nazim memberitahu rawatan kulit bayi itu dilakukan sempena menyambut Syawal tak lama lagi.
“Baju Raya ❌ , Muka Raya
“My face’s badly sunrburnt , jadi saya buat la BabySkin Treatment at @vogueclinickl . Sempat lagi U guys nak buat sebelum Syawal,” tulisnya.
Pelakon drama bersiri KUASA itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri yang sama dia memuat naik rakaman video ketika rawatan itu dilakukan.
Banyak proses yang dilakukan seperti sapuan mask serta melibatkan jarum yang dicucuk ke mukanya.
Video itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata akui ngeri melihat proses berkenaan.
“Tak sakit ke kena cucuk tu .kalau kita dah nangis dah,” tanya salah seorang warga maya.
“Sakit tak masa dia cucuk jarum tu kat muka,” komen salah seorang netizen.
Tidak kurang juga ada yang mengagumi kulit Nazim yang licin sama seperti kulit bayi.
Nazim kini sedang membintangi drama KUASA iaitu original siri yang ditayangkan di saluran Astro Citra setiap hari Isnin pada jam 9.00 malam
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar