Laman Utama

Taylor Swift Kini Bergelar Dr., Terima Ijazah Kehormat - "Saya Rasa Tak Layak Langsung ..."

Amri Hassan
19/05/2022
11:20 MYT
Sponsor Banner
Taylor Swift Kini Bergelar Dr., Terima Ijazah Kehormat - "Saya Rasa Tak Layak Langsung ..."
Penyanyi popular Taylor Swift, 33, menerima pengiktirafan Doktor Kehormat dan hadir berucap di acara konvokesyen Universiti New York pada Khamis.
Swift diberikan pengiktirafan khas dalam bidang seni halus yang membawa gelaran doktor (Dr) dengan disaksikan ribuan penonton termasuk graduan 'class of 22' di Stadium Yankee.
"Saya tidak pernah mendapat pengalaman belajar di kolej seperti biasa. Saya pergi ke sekolah tinggi awam sehingga gred 10 dan kemudian menamatkan pendidikan saya dengan menghabiskan tugasan di terminal lapangan terbang.
"Saya sama sekali tidak rasa layak untuk memberitahu anda apa yang perlu dilakukan. Anda semua telah berkorban dan belajar dan mengimpikan apa yang anda peroleh hari ini.
Saya tidak akan memberitahu anda apa yang perlu dilakukan kerana tiada siapa yang menyukainya, tetapi saya akan memberikan anda tip, apa yang saya lakukan semasa saya mula menjadikan impian saya sebagai kerjaya. Jangan pernah malu mencuba," ujarnya ketika memberikan ucapan.
Swift yang menulis, menerbitk, mengarah dan menyanyi sendiri lagunya memulakan karier pada usia 15 tahun.
Awalnya dia cuma menjayakan siri jelajah di stesen-stesen radio di Amerika Syarikat (AS).
Tidak lama kemudian, dia bertukar menjadi bintang pop sensasi seluruh dunia dan memenangi beberapa trofi Grammy termasuk Album Terbaik menerusi Folklore tahun lalu.
Swift juga pernah menang pada tahun 2010 menerusi album Fearless dan album 1989 pada 2016.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar