Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Teguran PU Riz Untuk Individu Kata ‘Lebih Selesa Tak Bertudung, Inilah Diri Saya Sebenar’ - “Dalam Agama Ada Bahagian Yang Dipanggil Malu Dengan Dosa”

Asyikin Mayudin 14/10/2024 | 07:55 MYT
Pendakwah bebas dan selebriti Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz menegur tindakan individu yang mengatakan lebih selesa untuk tidak memakai tudung kerana menganggap itu adalah diri sebenar.

Kenyataan melampau

Menerusi perkongsian di Instagram, PU Riz berkata dia jarang mengulas isu semasa namun terpanggil untuk menyuarakan pendapat disebabkan menganggap kenyataan individu itu melampau.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Kritik Penampilan Alya Iman Datang Anugerah - “Kenapa Pakai Baju Nampak Lurah?”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Terima Dan Tahu Akibat…”- Tampil Dengan Gaun Seksi, Alya Iman Sedia Hadap Kecaman

ARTIKEL BERKAITAN: "Lebih Selesa Tak Bertudung, Inilah Diri Saya Sebenar" - Alya Iman

“Jarang saya nak komen, tapi kalau melampau dan sebut ‘lebih selesa tak bertudung, inilah diri saya yang sebenarnya’.

“Kita manusia tak lari dari kesilapan, tapi dalam agama ini ada bahagian yang dipanggil malu dengan dosa dan cuba sebaiknya taubat apabila tersilap.

“Malulah kita dengan dosa, sebab yang buat dosa pahala ini bukan pak saudara kita, tetapi Allah yang menetapkannya,” kongsi PU Riz.

Larangan keras

Pada perkongsian yang sama, suami kepada usahawan dan selebriti Neelofa ini memberitahu semua manusia tidak sempurna namun jangan sampai melakukan perkara yang dilarangi Allah.

“Kita semua ni pun buat dosa tapi… janganlah smpai nafi apa yang disuruh Allah. Ada larangan keras bagi yang mempamerkan dosa-dosa yang dilakukan.

“Belajarlah jangan buat tak tahu. Kita tak hukum sesiapa cuma kita ingatkan sahaja. Kalau rasa perasaan dan hati jadi sandaran semata-semata… memang akan binasa hidup ini.

“Syariat Tuhan hadir bagi membimbing manusia,” katanya lagi.

Rata-rata netizen di ruang komen turut bersetuju dan berterima kasih kepada PU Riz kerana saling mengingati perkara tersebut.

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

#Neelofa #Alya Iman #PU Riz #Tak Bertudung #Haris Ismail #Artis tak bertudung #Pu Riz teguran
;