Laman Utama
“Saya Terima Dan Tahu Akibat…”- Tampil Dengan Gaun Seksi, Alya Iman Sedia Hadap Kecaman
Pelakon, Alya Iman tampil berani dengan memakai gaun seksi semasa menghadiri majlis sidang media Anugerah Telenovela yang berlangsung pada Rabu.
Sedia menghadapi risiko kecaman, Alya bagaimanapun berharap orang ramai dapat menerima penampilan terbaharunya itu.
“Saya terima dan tahu akibat apabila berpakaian macam ini orang akan kecam. Namun, saya fikir ini ialah diri saya.
“Saya sukakannya dan berharap orang akan menerimanya. Saya okey sahaja dan ingin menjadi diri sendiri,” katanya ketika ditemui Gempak.
Walaupun sering menerima komen negatif di media sosial namun kata Alya dia tetap membacanya.
“Ramai orang cakap jangan baca komen tetapi saya tetap baca juga. Kadang-kadang ada yang memberi kesan kepada saya.
“Namun, saya mempunyai orang positif di sekeliling yang selalu memberikan semangat kepada saya,” ujarnya.
Terdahulu, anak bongsu kepada pelakon dan pendakwah, Allahyarham Azmil Mustapha itu membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab.
Must-Watch Video