Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Tengku Ratu Kongsi Cabaran Pertama Kali Debut Di Pentas Teater - “Saya Ketepikan Perasaan Gementar Apabila…”

Umirah Halim 15/11/2024 | 13:55 MYT

Anak kepada pasangan selebriti Que Haidar dan Linda Jasmine, iaitu Tengku Ratu berkongsi mengenai cabaran yang dihadapi sewaktu persediaan dirinya dalam persembahan teater Musical Treasures, the Charity Musical.

Kali pertama debut di dalam pentas teater, Tengku Ratu, 15 mengakui dia mengalami sedikit kesukaran sewaktu segmen nyanyian.

Sahut cabaran menyanyi

Namun, dia menyahut cabaran tersebut dan mengaggap perkara ini merupakan peluang untuk dirinya mengasah lagi bakat dalam bidang seni.

“Antara cabaran besar bagi saya adalah segmen nyanyian kerana saya masih baru. Saya perlu ketepikan seketika perasaan gentar apabila perlu menyanyikan lagu-lagu klasik Broadway seperti Mamma Mia, Hello Dolly dan The Lonely Goatherd di hadapan ratusan penonton.

ARTIKEL BERKAITAN: “Cliffhanger Episod 4 Tu Ahhhhh…Apa Akan Terjadi” - Penonton Tak Sabar Nak Tonton Next Episod Projek; Exit

ARTIKEL BERKAITAN: Astro Guna AI Untuk Wujudkan Keterlibatan Positif Di Media Sosial Bersama Pelakon Project; Exit, Mierul Aiman & Shasha Abedul

ARTIKEL BERKAITAN: Atasi Stigma Kesihatan Mental: Pentingnya Meminta Bantuan untuk Kesihatan Mental

“Saya juga sedar teater muzikal memerlukan latihan dan usaha yang lebih berbanding peragaan. Walaupun sedikit penat apabila latihan perlu dijalankan saban minggu, tetapi saya seronok apabila bertemu rakan-rakan baru untuk saya cedok ilmu mereka serta saling bertukar pandangan.

“Tambah istimewa lagi apabila saya melakukan semua ini bagi tujuan positif iaitu bagi memberikan semula kepada masyarakat dengan menyokong tujuan amal bagi membantu komuniti Down Syndrome. This, to me, is more than just a spotlight. Ia merupakan satu langkah permulaan yang sebenar,” katanya.

Untuk info, teater muzikal istimewa ini dilakukan bagi tujuan mencari dana buat komuniti pesakit Down Syndrome dan telah berlangsung 28 September lalu.

Sumber: Remaja

;