Hiburan

Astro Guna AI Untuk Wujudkan Keterlibatan Positif Di Media Sosial Bersama Pelakon Project; Exit, Mierul Aiman & Shasha Abedul

gempak
Amri Hassan
13/11/2024
07:58 MYT
Sponsor Banner
Astro Guna AI Untuk Wujudkan Keterlibatan Positif Di Media Sosial Bersama Pelakon Project; Exit, Mierul Aiman & Shasha Abedul
Astro mengumumkan inisiatif baharu menggunakan kekuatan Artificial Intelligence (AI) dengan kerjasama pelakon Project; Exit, Mierul Aiman dan Shasha Abedul.
Kata Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong, tujuan inisiatif ini adalah untuk memperkasakan para pelakon dan memberikan sokongan kepada mereka yang memerlukan dengan memupuk keterlibatan positif di media sosial.

BERITA TRENDING: Projek; Exit: Pernah Hidap Depresi, Shasha Abedul Akui Sukar Untuk Bawa Watak Jannah - “38 Hari Saya Rasa Terseksa…”

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada promosi untuk siri Astro Originals, Project; Exit, yang ditayangkan pada 1 November (Bahagian 1) dan akan diteruskan pada 15 November (Bahagian 2).
“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan inisiatif baharu ini bagi menyokong Project; Exit yang menggunakan AI dengan cara yang relevan untuk memupuk interaksi sosial yang positif.
"Kami percaya kandungan bukan sekadar untuk tontonan, tetapi ia juga boleh memberi kesan yang membangkitkan semangat orang ramai dalam kehidupan. Dengan menggabungkan kandungan, selebriti dan teknologi, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada penonton di kalangan muda serta menyokong masyarakat secara keseluruhannya,” katanya.

BERITA TRENDING: Atasi Stigma Kesihatan Mental: Pentingnya Meminta Bantuan untuk Kesihatan Mental

Manakala, ujar Pengarah Kreatif, Talon Creative Sdn Bhd.Erman Basiron; "Project; Exit mengangkat isu-isu berat yang dihadapi oleh ramai rakyat Malaysia dan kami melihat peluang ini untuk tidak sekadar menceritakan kisahnnya, sebaliknya untuk benar-benar menghulurkan bantuan dan menunjukkan bahawa mereka tidak keseorangan."
Kempen ini menampilkan barisan pelakon Project; Exit (Astro) untuk memberikan sokongan moral positif di platform media sosial Astro Malaysia seperti X.
AI akan menghasilkan dan merakamkan respons daripada pelakon, membolehkan mereka berinteraksi dengan pengguna di media, memberi respon terhadap perasaan sedih, kecewa atau cemas dengan kata-kata dorongan positif sebagai sokongan.
Inisiatif ini menggunakan sistem pemantauan sosial untuk mengenal pasti perkongsian yang menunjukkan perasaan sedih, kecewa dan cemas. Dengan menggunakan teknologi AI eksklusif yang dilatih dengan rakaman suara dan video pelakon, kami dapat menghasilkan respons yang disesuaikan untuk meniru gaya dan nada mereka. Mesej peribadi ini bertujuan untuk memberikan sokongan dan dorongan kepada mereka yang memerlukan.

BERITA TRENDING: 7 Tanda Awal Masalah Kesihatan Mental & Kepentingan Dapatkan Bantuan Yang Diperlukan

Dengan sehingga 50 respons sehari, tujuan inisiatif ini adalah untuk memberi impak bermakna dan menginspirasikan pengguna media sosial di kalangan muda untuk sentiasa mencari dan memberikan sokongan positif. Sertai kami dalam inisiatif bermakna ini untuk memberi inspirasi dan memperkasakan komuniti dengan mengikuti tanda pagar #ProjectExit.
Khusus untuk peminat siri premium Astro Originals, Bahagian 1 siri ‘Project; Exit’, yang merangkumi episod 1 hingga 4, boleh ditonton mulai 1 November 2024 secara on demand melalui Astro Ultra/Ulti box, Astro GO dan sooka.
Sementara itu, Bahagian 2 yang merangkumi episod 5 dan 6 akan disiarkan bermula 15 November 2024 di platform yang sama. Ikuti info menarik dan klip melalui akaun Instagram, TikTok, Facebook, X, Astro Gempak, dan Astro Shaw menggunakan tanda pagar #ProjectEXIT dan #AstroOriginals.
Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut dan untuk melanggan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live