Hiburan

Terima 1 Juta Tontonan Pertama Kali Live, Norlia Ghani Kini Aktif Di TikTok - "Hadiah Pertama Saya Dapat Singa"

Maliah Surip
02/03/2024
08:55 MYT
Sponsor Banner
Terima 1 Juta Tontonan Pertama Kali Live, Norlia Ghani Kini Aktif Di TikTok - "Hadiah Pertama Saya Dapat Singa"
Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang suka mencuba, bintang senior Norlia Ghani kini aktif di laman sosial TikTok.

BERITA TRENDING: Menghormati Privasi Rusdi & Sharon Paul, Norlia Ghani: “Dia Menantu Baik, Mama Sayang Dia”

Percubaan menjadi salah seorang warga TikTok didorong perasaan ingin tahu adakah benar dakwaan pelaku seni lama atau veteran sudah tidak relevan dan semakin dilupakan.
“Ramai orang cakap golongan artis veteran sudah mula dilupakan. Jadi saya buat TikTok untuk buktikan kepada diri sendiri betul ke tidak dakwaan ini, ada tak orang nak follow Mama,” ujar Norlia Ghani yang mesra membahasakan dirinya sebagai Mama.

BERITA TRENDING: Menghormati Privasi Rusdi & Sharon Paul, Norlia Ghani: “Dia Menantu Baik, Mama Sayang Dia”

Menurut Norlia yang ditemui selepas majlis Gempak Most Wanted 2023, beliau agak terkejut kerana menerima sambutan memberangsangkan saat pertama kali membuat siaran langsung di TikTok.
“Jadi bila pertama kali Mama buat siaran langsung, terima satu juta tontonan,” katanya sambil ketawa.

PILIHAN PEMBACA: "Penat Kerja Tak Dapat Hasil" - Norlia Ghani

Lantaran itu Norlia, 76, mengaku kini aktif di TikTok dengan menggunakan nama sebenarnya, Norlia Ghani.
“Bukan orang muda saja yang boleh main TikTok, tak salah orang seperti Mama sudah 76 tahun pun buat konten.
“Konten Mama lebih kepada pengalaman berlakon dan ramai yang selalu tanya mengenai babak-babak dalam lakonan yang Mama pun sudah lupa,” katanya.

BERITA TRENDING: “Apa Rasanya Bila Orang Cakap Buruk Pasal Mak Kamu” - Kavita Sidhu Minta Netizen Hormati Norlia Ghani

Cuma menurut Norlia, beliau malu dan tidak pernah berharap diberikan hadiah (gift) daripada peminat saat bersiaran langsung.
"Kali pertama saya dapat hadiah ialah 'singa', kemudiannya macam-macam lagi. Kalau bunga ros tu tak payah cakaplah memang banyaklah...
“Mama tidak harap orang bagi gift sebab gift itu dapat duit. Mama malu, macam minta dan rasa tidak kena.
“Pada saya walaupun Ros (gift) bernilai RM1, (terima) macam penghargaan orang pada Mama,” katanya lagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar