Laman Utama

"Penat Kerja Tak Dapat Hasil" - Norlia Ghani

Amri Hassan
24/05/2023
09:20 MYT
Pelakon senior Norlia Ghani meluahkan rasa kesal dan kecewanya terhadap sebuah stesen televisyen swasta yang masih belum melunaskan bayaran kepadanya selepas beberapa bulan.
Tulis Norlia menerusi hantaran di Instagram, dia memaklumkan kerja yang membabitkannya itu telah tamat penggambaran sebelum Ramadan lagi.
"Sedih sungguh di hati menunggu bayaran kerja yang dibuat sebelum bulan puasa, tapi Hari Raya pun dah habis harap adalah dapat payment walaupun sedikit.
"Buat episod. Apakah stesen tv ini takde duit, sedangkan stesenn lain cepat aje dah selesai bayaran. Penat kerja tak dapat hasil," keluhnya.
Hantaran itu mendapat simpati daripada warganet termasuk rakan selebriti yang mengharapkan Norlia mendapat pengadilan sewajarnya.
"Apa cerita ni orang dah habis buat kerja tak bayar?
"Allahu, kasihan buat warga emas macam tu.
"Beginikah layan pelakon veteran? Bagilah watak apa Mama Norlia Ghani hebat ya di kaca tv. Memalukan industri hiburan sekarang. Finas sila ambil tindakan sepatutnya," tulis beberapa pengguna di media sosial.
Terdahulu, isu bayaran tidak setimpal dan lambat pernah terjadi kepada beberapa selebriti tempatan terutamanya pelakon veteran hingga menjejaskan periuk nasi mereka.
BACA: Tergamak Bayar Wan Maimunah RM200 Berlakon Drama - "Tak Apalah... Memang Bukan Rezeki Saya"
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.