Laman Utama

“Terima Kasih Isteriku, I Sayang You Sampai Syurga”- Ayie Floor88 Syukur Isteri Hamil

Mya Amri
24/12/2021
03:55 MYT
Sponsor Banner
“Terima Kasih Isteriku, I Sayang You Sampai Syurga”- Ayie Floor88 Syukur Isteri Hamil
Vokalis Floor88, Ayie Ilham memanjatkan rasa syukur selepas isterinya, Tasha Awie hamil.
Berita gembira itu dikongsi Ayie menerusi hantaran terbaharu di akaun Intagram miliknya.
Ayie berharap para peminat dapat mendoakan semoga proses kehamilan dan bersalin isterinya kelak dipermudahkan.
Surprise! Segala Puji Bagi Allah. Assalamualaikum, Bismillahirahmanirahim. InshaAllah AETA Junior is Coming.
“Terima kasih isteriku, I sayang you sampai syurga @tashaawie. Doakan yang indah indah buat kami. Amin amin aminyaroballamin,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen juga, rakan artis tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Ayie.
Antaranya Hairul Azreen, Syafiq Farhain, Azzam Sham, Dinda Permata, Sarah Suhairi, Catriona Ross dan Raja Syahiran.
Ayie dan Tasha berkahwin pada 21 Oktober 2021 selepas mengikat tali pertunangan pada Januari lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar