Hollywood
Terjebak Mabuk Sejak Usia 8 Tahun, Cara Delevigne Gembira Tidak Lagi Jadi Penagih
Aktres Cara Delevigne mengakui hidupnya kini jauh lebih baik selepas bebas daripada masalah ketagihan alkohol dan dadah yang hampir memusnahkan karier beberapa tahun lalu.
Delevigne malah menyifatkan sepanjang bergelumang dengan najis dadah dan ketagihan alkohol dirinya mengalami masalah kemurungan yang teruk.
Dua tahun lalu, Delevigne yang juga merupakan seorang model pernah dirakamkan dalam keadaan tidak terurus dan menyedihkan.
Penagih
Namun kata wanita berusia 31 tahun itu dia kini sudah bebas daripada masalah ketagihan dadah dan alkohol.
Dia juga sangat bahagia kerana berada diri tidak lagi seperti dikawal dengan perkara tidak baik.
ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Memandu Dalam Keadaan Mabuk, Justin Timberlake Ditahan Polis
ARTIKEL BERKAITAN: Dikerumun Ramai, Wanita Disyaki Mabuk ‘Dibuli’ Lepas Kamalangan! Netizen Desak Polis Siasat
ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu Mabuk Mengaku Tidak Bersalah Langgar Atlet Kayak Kebangsaan
ARTIKEL BERKAITAN: Polis Tahan Pemandu Mabuk Langgar Atlet Kayak Hingga Parah
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Dipercayai Mabuk Maut Gara-Gara Leher Tersepit Di Pintu ‘Shutter’ Bank
“Dulu saya fikir dengan minum dan ambil dadah boleh membantu saya hidup dengan baik terutama pada waktu puncak karier tapi ternyata tidak.
“Kedua-duanya menjadikan hidup saya sangat kemurungan dan menyedihkan.
“Tapi kini tidak lagi. Sejak dua tahun lalu saya berasa hidup lebih baik tanpa dadah dan alkohol. Banyak perkara berubah, semua menjadi lebih baik,” katanya seperti dilaporkan DailyMail.uk.
Bintang Suicide Squad ini mendedahkan dia ketagih alkohol selepas mula mengambil minuman yang memabukkan itu seawal usia lapan tahun selepas hadir ke majlis perkahwinan makciknya pada 2001.
“Saya hanya berusia lapan tahun waktu itu. Dan saya sudah minum sehingga mabuk. Ini gila, saya sangat muda,” katanya lagi.
Namun kata Delevigne dia tidak mahu lagi terjebak dengan masalah yang sama.
“Saya tidak sangka hidup saya berubah dengan lebih baik. Saya seperti mendapat semula kuasa untuk mengawal diri sendiri,” katanya.