Berita

Terkini: Mungkin Saya Perlu Jadi Sombong Selepas Ini - Faisal Halim

Gempak
13/06/2024
07:51 MYT
Sponsor Banner
Terkini: Mungkin Saya Perlu Jadi Sombong Selepas Ini - Faisal Halim
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, komited untuk kembali beraksi dalam kancah bola sepak dalam sebulan sekurang-kurangnya walaupun sebelum ini doktor menasihatinya untuk berehat sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan.

Faisal Halim watak periang

Dia yang mempunyai perwatakan riang dan ceria berasakan dirinya bersedia untuk mengubah kareternya itu sekiranya perkara itu yang diperlukan di masa akan datang demi menjaga keselamatan keluarganya.
Ketika dalam proses pemulihan di hospital, Kim Pan-gon antara individu yang hadir melawat untuk memberikan sokongan dan berharap skuad negara tidak kehilangan Faisal yang merupakan aset negara.
"Pada awal doktor beritahu saya perlu berehat sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan dan tidak pasti boleh kembali beraksi ataupun tidak.
Sebagai pemain bola sukar untuk saya terima, saya tak pernah berehat sepanjang karier lebih dari satu bulan. Semua panggilan bola sepak saya pergi sama ada kelab mahupun antarabangsa, saya tidak pernah mengambil cuti.
"Walaupun demam saya tetap berada di atas padang, biarpun demam sekalipun. Saya berharap satu bulan lebih saya sudah boleh kembali beraksi di atas padang walaupun doktor mengesahkan tiga bulan atau 6 bulan perlu berehat.
"Proses pemulihan agak cepat, saya rasa kerana ramai orang dan semua umat Islam di negara mendoakan saya. Sudah tentu sebagai pemain skuad kebangsaaan, saya sedih kita tak layak tapi rakan-rakan semestinya sudah buat yang terbaik.
"Kim Pan-gon melawat saya dan memberikan semangat kepada saya, dia ingin saya kembali. Dia taknak saya berhenti bermain bola, dia berharap dia tak hilang Faisal Halim.

Berita Trending: Luka Faisal Halim Masih Lagi Basah

Berita Trending: Faisal Halim Disimbah Asid: “Apa Kena Mengena Dengan Saya” - Tunku Mahkota Ismail

Berita Trending: CCTV Dipercayai Rakaman Insiden Serangan Asid Terhadap Faisal Halim Tular

Berita Trending: Berkulit Sawo Matang Antara Ciri-Ciri Suspek Serangan Simbah Asid Faisal Halim

Berita Trending:Dah Pindah Ke Wad Biasa, Faisal Halim Teringin Makan Nasi Kandar

"Semua orang tahu karakter Faisal Halim bagaimana, saya tidak pernah sombong walaupun kepada orang dibawah dan di atas saya.
"Saya selalu senyum dan ceriakan pasukan. Saya gembirakan pasukan saya. Selepas ini jika saya perlu berubah jadi sombong, saya perlu buat kalau itu yang perlu dilakukan.
"Saya tak tahu selepas ini saya perlu kekal atau ubah karekter saya." kata Faisal Halim.
Sumber: Stadium Arena
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar