Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Tetamu Isi Wang Tunai Dalam Kain Untuk Pengantin

Umirah Halim 11/07/2024 | 23:55 MYT
Perbuatan tetamu undangan sebuah majlis perkahwinan di Indonesia yang memberikan wang tunai di dalam kain tanpa dimasukkan ke dalam sampul kepada pasangan pengantin mengundang perhatian orang ramai, lapor saluran berita Detiknews semalam.

Tradisi Penduduk

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform X oleh akaun @Pray__93, beberapa tetamu dilihat memegang kain batik itu yang berisi wang tunai.
Kain itu turut dipegang oleh pasangan pengantin pada bahagian hujungnya. Tetamu itu kemudian bersalaman dan meninggalkan mereka.
Kejadian berlaku di Desa Banyumeneng, wilayah Jawa Tengah.
Menurut Ketua Kampung Banyumeneng, Muhammad Ajib Wahyudi, perbuatan itu merupakan tradisi penduduk setempat dan masih diamalkan sehingga kini.

“Perbuatan seperti ini sudah lama diamalkan, saya sendiri berkahwin juga begini. Saya juga sempat malu ketika itu.

“Tradisi ini memang tidak menggunakan sampul dan mesti wang tunai,” kata Ajib.

BERITA TRENDING:Yuna Ambil Tempoh Berehat, Nak Luang Masa Bersama Keluarga - “Saya Mahu Duduk Di Malaysia Dan Sarapan Nasi Lemak”

​BERITA TRENDING:Peniaga Durian Tular Tidak Berbaju Akui Kesilapan, Tampil Mohon Maaf - “Ketika Meniaga Kami Pakai..”
BERITA TRENDING:Pengikut IG Naik & Rezeki Lakonan Bertambah, Amir Nafis Syukur - “Filem Sheriff Banyak Mengubah Hidup Saya”
BERITA TRENDING:Tidak Tamat Triathlon, Syed Saddiq Mohon Maaf

Tambahnya, sumbangan tunai kepada pengantin tanpa sampul adalah lebih murni dan dianggap sebagai bersedekah tanpa mengharapkan balasan atau pemulangan.

Sumber: Kosmo menerusi Agensi

#Viral #Indonesia #Berita #Tular #Pelik #Kain
;