Hiburan

Tetap Jaga Ukhuwah Dengan Keluarga Puteri Sarah, Yusof Haslam Tak Ambil Hati Syamsul Tak Pulang Beraya

Firdaus
17/04/2024
05:55 MYT
Sponsor Banner
Tetap Jaga Ukhuwah Dengan Keluarga Puteri Sarah, Yusof Haslam Tak Ambil Hati Syamsul Tak Pulang Beraya
Pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam mendedahkan dirinya dan isteri, Datin Patimah Ismail tetap akan menjaga ukhuwah yang terbina bersama kedua besannya iaitu Megat Kamaruddin dan Paridah Puteh meskipun anaknya, Syamsul Yusof sudah berpisah dengan Puteri Sarah Liyana.

Jaga Hubungan Dengan Kedua Besan

Yusof atau nama sebenarnya Md. Yusof Md. Haslam, 70, berkata, sehingga ke hari ini dirinya dan isteri masih lagi meluangkan masa bersama kedua ibu bapa Puteri Sarah setiap kali mempunyai masa terluang.
"Hubungan keluarga saya dan keluarga Puteri Sarah tak akan terungkai.
“Bahkan sehingga ke hari ini, hubungan kami okay saja macam biasa dan ada masa kami akan keluar makan bersama. Tak ada satu jurang pun antara kami walaupun anak-anak kami sudah berpisah.
“Bagi saya, kami dah ada cucu dan cucu itulah yang menguatkan lagi hubungan kami,” katanya.
Yusof berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada malam tayangan perdana filem Sheriff yang diadakan di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada malam Selasa.
Dalam pada itu, Yusof memaklumkan dia dan isteri terbuka hati sekiranya Puteri Sarah memilih untuk mendirikan rumah tangga pada masa yang akan datang.
"Bagi saya itu jodoh dia. Kalau Syamsul pun ada jodoh dia, Sarah juga ada jodoh dia.
“Kami reda dan kita bukanlah nak buang Sarah kalau dia kahwin lain ke, tidak. Dia pun masih boleh beraya bersama kami,” ujarnya.

Tak Ambil Hati Ketiadaan Syamsul Pada Hari Raya

Ketika ditanya mengenai ketiadaan Syamsul sewaktu sambutan Aidilfitri baru-baru ini, penerbit yang terkenal tanah air tersebut memaklumkan dia dan isteri sama sekali tidak terasa hati dengan perkara itu.
"Seperti yang kalian tahu Syamsul tak balik beraya dengan kami pada tahun ini.
“Tapi tak apa, kami tak ambil hati pun dan kami dah boleh terima benda ini. Semua ini adalah qada dan qadar,” kongsinya.

BERITA TRENDING: Puteri Sarah Liyana Tak Tahu Punca Syamsul Yusof ‘Hilang’ Dari Laman Sosial - “Dia Hubungi Saya Pun Untuk Jumpa Anak”

BERITA TRENDING: "Kemain Kau Komen Hina Aku Dengan Bella Astillah, Kat Sini Pengecut Pula” - Puteri Sarah Liyana
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar