Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

THSS: De Fam Tarik Diri, Azira Shafinaz Ikut Nasihat Doktor - "Apa Yang Jadi Pada Saya Biarlah ..."

Amri Hassan 27/06/2024 | 12:25 MYT
Susulan penarikan diri daripada rancangan realiti The Hardest Singing Show, anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tampil berkongsi keadaan terkininya.
Dedah Azira, punca penarikan diri De Fam disebabkan keadaan kesihatannya dan mengikut nasihat doktor.
"Saya pasti semua orang nak tahu pasal apa yang terjadi kepada saya. Apa yang saya boleh kongsikan saya mendapat nasihat daripada doktor untuk saya berhenti membuat persembahan di The Hardest Singing Show.
"Saya pun berjumpa dengan ahli kumpulan De Fam dan kami bertiga mengambil kata sepakat bersama untuk tarik diri. Kami sudah berjumpa dengan pihak Astro dan saya pun ada sediakan surat daripada doktor juga yang mengatakan saya tidak boleh sambung.
"Apa yang terjadi kepada saya, biarlah saya, ahli kumpulan saya dan pihak Astro sahaja yang tahu. Kalau boleh saya tak nak lagi bercerita tentang apa yang terjadi di The Hardest Singing Show. Habis macam itu sahaja," katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: Berdepan Masalah Kesihatan, De Fam Tarik Diri Daripada The Hardest Singing Show

Azira ditemui pada majlis tayangan perdana dan sidang media drama terbitan Viu, Nafsu di Aurum TRX, Kuala Lumpur pada Rabu.

Azira, De Fam tiada masalah

Tegas Azira, dia dan ahli kumpulan De Fam lain tidak menolak untuk membuat persembahan yang tidak menuntut tempoh masa yang lama.
"Saya rasa saya faham kenapa orang bertanya sebab baru-baru ini De Fam ada buat persembahan.
"Saya nak jelaskan di mana di The Hardest Singing Show kita memerlukan sepenuh usaha yang mana Isnin sampai Ahad kena kerahkan idea, tenaga dan sebagainya.
"Jadi untuk De Fam membuat persembahan dimana-mana pun atas keupayaan yang sebolehnya saya rasa benda itu tiada masalah buat masa sekarang.," tambahnya.

BERITA TRENDING: Fokus Tentang Penghijrahan, Kiblat Ke Syurga Raih Komen Positif Penonton - “Sangat Best Cerita Ni!”

BERITA TRENDING: Sheriff: Raih RM55 Juta, Cipta Fenomena Tersendiri Jadi Filem Nombor 1 Malaysia 2024

Dua minggu lalu De Fam yang dianggotai oleh Azira, Cik Manggis dan Sophia Liana mengambil keputusan untuk menarik diri daripada meneruskan perjuangan di The Hardest Singing Show.
Pengumuman itu mengejutkan ramai pihak namun menghormati pendirian De Fam untuk tidak merisikokan keadaan kesihatan Azira.

BERITA TRENDING: THSS: Ini Sebab DeFam Tarik Diri Daripada The Hardest Singing Show - “DeFam Tak Boleh Perform Tanpa Azira..”

Rancangan 10 minggu ini diacarakan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.
Sementara itu, bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato' Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.
Saksikan The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.
Penerbitan 'The Hardest Singing Show' diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.

Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show

* Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.
* Juara 'The Hardest Singing Show' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000
beserta trofi sumbangan Astro.
* Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu "The Hardest Gempak Meter" pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow.
* Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.
'The Hardest Singing Show' akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.
Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.
#Penyanyi #Viral #Sakit #De Fam #Tarik Diri #Azira Shafinaz #The Hardest Singing Show #THSS
;