Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Tiada Halangan Untuk Berjumpa, Ada Sebab Fatin Afeefa Bimbang Nak Lepaskan Anak Perempuan Bermalam Dengan Adam Shahz - “Sebagai Ibu, Sudah Tentulah Saya…”

Gempak 14/10/2024 | 06:10 MYT
Pelakon Fatin Afeefa berasa bimbang untuk melepaskan anak perempuannya bermalam dengan Adam Shahz, disebabkan kediaman bekas suaminya itu merupakan sebuah pejabat yang juga menguruskan rumah kebajikan.

BERITA TRENDING: Anak Fatin Afeefa Masih Di Bawah Jagaannya Hingga Kes Induk Selesai

Tidak akan merenggangkan hubungan anak beranak, Fatin bagaimanapun berkata sebagai seorang ibu, sudah pasti dia ingin memastikan keselesaan puteri tunggalnya, Ivy Herra Sophia.
“Saya tak pernah halang Ivy untuk berjumpa dengan bapanya, dan saya pun tak pernah cakap ‘jangan jumpa Daddy’ atau apa-apa. Tak pernah!
“Cuma saya harap semua faham, sebagai ibu yang membesarkan dia sejak kecil, sudah tentulah saya nak pastikan tempat tinggal anak saya selesa dan selamat.
“Saya memang nak buat yang terbaik dari segi makanan dia, tempat tinggal dia, pendidikan dia. Mesti saya nak yang terbaik. Saya rasa semua ibu macam tu,” katanya kepada Gempak.
Fatin ditemui sebaik sahaja selesai prosiding kes tuntutan hak bermalam yang dituntut Adam di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Isnin.

BERITA TRENDING: Kongsi Pengalaman Tunai Umrah, Fatin Afeefa Ada Sebab Tak Bawa Anak Sekali - “Saya Menangis Tak Boleh Bernafas Sebab…”

BERITA TRENDING: Fatin Afeefa Tetap ‘Berkeras’, Peguam Yakin Adam Shahz Berhak Tuntut Penjagaan Anak - “Mungkin Ada Terma Yang Pihak Sana…”

Dalam prosiding tersebut, Adam Shahz sebagai plaintif memberitahu mahkamah bahawa dia kini tinggal di sebuah pejabat yang dijadikan rumah perlindungan.
Tidak pernah melarang Adam berjumpa dengan Ivy, Fatin berkata anak perempuannya itu lebih memilih untuk mengikuti bapa tirinya, Aliff Awang atau dikenali sebagai Opai biarpun hari berkenaan merupakan giliran aktor tersebut.
“Kadang-kadang Ivy sendiri selalu cakap nak ikut bapa (Aliff Awang). Tapi saya akan cakap dengan Ivy ‘tak boleh hari ni, kamu kena jumpa Daddy kamu’.
“Saya tak pernah nak halang-halang, malah saya sendiri akan halang dia ikut bapa tirinya kalau hari itu memang dia sepatutnya bersama Adam,” katanya.
Mahkamah menetapkan 25 Februari tahun hadapan untuk sebutan semula kes tuntutan hak bermalam.
Perkahwinan Adam dan Fatin pada 2013 hanya mampu bertahan selama empat tahun sebelum bercerai pada Mei 2017.
Adam dan Fatin mempunyai seorang cahaya mata iaitu Ivy Herra Sophia yang kini berusia tujuh tahun.
Tahun lalu, Adam dan Fatin gagal mencapai kesepakatan dalam majlis sulh yang diadakan pada 29 Januari dan terpaksa meneruskan perbicaraan mengenai hak penjagaan anak di mahkamah syariah.
#pelakon #Anak #cerai #Fatin Afeefa #Tuntutan #Opai #Bermalam #Adan Shah
;