Laman Utama

Kongsi Pengalaman Tunai Umrah, Fatin Afeefa Ada Sebab Tak Bawa Anak Sekali - “Saya Menangis Tak Boleh Bernafas Sebab…”

gempak
Asyikin Mayudin
09/05/2023
00:55 MYT
Sponsor Banner
Kongsi Pengalaman Tunai Umrah, Fatin Afeefa Ada Sebab Tak Bawa Anak Sekali - “Saya Menangis Tak Boleh Bernafas Sebab…”
Pelakon Fatin Afeefa tampil menjawab persoalan daripada netizen yang mempersoalkan dia tidak membawa dua orang anaknya menunaikan umrah bersama pada 10 malam terakhir Ramadan lalu.
Fatin ketika membuat live di TikTok menjelaskan dia beranggap waktu itu tidak sesuai untuk membawa anak-anaknya ke Tanah Suci kerana terlalu ramai jemaah.
“10 Ramadan terakhir adalah waktu yang paling tak bagus bawa budak-budak sebab I tinggi yang 157 pun I kena penyek, dan I memang tak boleh nak bernafas ketika tengah tawaf.
“Dan bayangkan, I yang 157 yang pendek ini pun tak boleh nak bernafas sebab orang tinggi-tinggi tutup I… anda boleh bayangkan tak budak-budak tercungap-cungap mencari udara sebab tak ada ruang bernafas.
“Jadi, I rasa ia satu keputusan yang bernas tak bawa mereka pada 10 Ramadan terakhir,” kata Fatin.
Menurut Fatin lagi, dia tidak mahu ibadahnya terganggu disebabkan insiden yang tidak sepatutnya melibatkan anak-anaknya.
“Saya mungkin akan bawa mereka bukan waktu Ramadan. Kalau I bawa, I tak fokus ibadah, I akan fokus tengok anak I, takut hilang sebab ramai gila.
“Tahun ini, 10 malam terakhir Ramadan ada 7.4 juta orang ada di Masjidi Haram… anda bayangkan kalau I hilang anak I dekat situ. I sendiri banyak kali terlepas tangan suami I dekat dalam itu dan hilang.
“Bayangkan kalau anak I. Menangis air mata darah, solat pun tidak… mencari anak saja. Mula I sedih, kenapalah I tinggalkan anak-anak I,” ujarnya.
Sementara itu, Fatin turut berkongsi pengalaman dia berdepan dengan detik cemas apabila tidak dapat bernafas dengan baik disebabkan kena himpit dengan jemaah yang lebih besar daripadanya.
“I dekat sana langsung tak tenang, bukan tak tenang tapi sebab terlalu ramai orang, I tak boleh bernafas… masa I tawaf tu, I menangis tak boleh bernafas sebab kena himpit dengan orang tinggi-tinggi,” katanya.
Terdahulu, Fatin menunaikan umrah bersama suami tercinta iaitu usahawan Aliff Awang buat kali pertama kali pada 10 malam terakhir Ramadan pada April lalu.
Untuk info, Fatin selamat bernikah dengan jejaka pilihan yang dikenali sebagai Aliff Awang pada 30 Disember tahun lalu di Putra Glass Hall, Subang Jaya.
Fatin pernah berkahwin dengan aktor Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai pada 30 Mei 2017 dan mereka mempunyai anak perempuan bernama Ivy Herra Sophia manakala Fatin juga mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Adam Aisy Arrian, 10.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024