UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Tidak Lagi Tinggal Sebumbung, Linda Hashim Tak Pernah Halang Beego Jumpa Anak-Anak - “Anak Sulung Kami Juga Dah Tahu”

Khairil Khusyairi 06/02/2025 | 21:50 MYT
Pelakon, Linda Hashim memaklumkan anak sulungnya, Jelita Clarissa, 11, sudah mengetahui dan memahami kes perceraian membabitkan ibu bapanya sejak kali pertama berlaku pada 2023 lalu.
Linda atau nama sebenarnya, Norhazlinda Hashim berkata, anak-anak sememangnya menjadi kekuatan semangat dirinya dalam menghadapi kemelut rumah tangga bersama suami, Beego, 45.
“Anak sulung saya dah tahu, dari kes cerai pertama dia sudah faham.
"Dia dah tahu dan dia pun beri semangat kepada saya dan berikan kekuatan juga," katanya kepada Gempak.
Ditanya juga mengenai penjagaan anak-anak, Linda berkata, buat masa ini kesemua anak di bawah jagaannya dan tidak menghalang Beego untuk berjumpa dengan zuriat mereka.
"Peluang untuk dia jumpa anak-anak, tetap ada. Dia (Beego) jumpa saya pun ada juga. Saya tiada halangan (Beego jumpa anak). Memang anak-anak dengan saya hari-hari.
"Jadi, bila dia datang nak jumpa anak, saya tak pernah halang pun," katanya yang tidak lagi tinggal sebumbung bersama Beego.
Menurut Linda, daripada pihak Beego ada membuat permohonan maaf kepadanya yang boleh dikatakan sebagai proses memujuk juga.
Hari ini, Linda hadir berseorangan dengan ditemani peguamnya, Nurul Fadzilah Kamaluddin ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk mengikuti sebutan kes pertama penceraiannya dengan Beego.
Mahkamah menetapkan 6 Mac depan merupakan tarikh sebutan kedua bagi kes tersebut.
Untuk info, Linda menfailkan cerai terhadap Beego pada 17 Januari lalu dengan alasan tidak mempunyai persefahaman.
Terdahulu, Linda dan Beego pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023, namun rujuk semula ketika masih dalam tempoh edah pada 9 April tahun sama.
Linda bagaimanapun memaklumkan mereka bercerai kali kedua selepas beberapa bulan rujuk kerana masalah sama iaitu tiada persefahaman walaupun mendakwa sudah banyak kali memberikan suaminya peluang.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Bukan Malaikat Dan Isteri Bukan Bidadari” - Beego

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga & Wujud Orang Ketiga, Linda Hashim Beri Respons - “Cukuplah Apa Yang Saya Dah Rasa”

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Linda Hashim Bakal Serah Notis Tuntutan Hadir Ke Mahkamah Terhadap Beego, Proses Cerai Tangguh 6 Mac Depan

ARTIKEL BERKAITAN: Linda Hashim Nekad, Malu Bercerai Buat Kali Ketiga Dengan Beego - “Dia Tahu Apa Yang Dia Dah Buat”

ARTIKEL BERKAITAN: Beego Terkejut Isteri Fail Cerai, Dakwa Tak Terima Notis Dari Pihak Guaman Linda Hashim

ARTIKEL BERKAITAN: Linda Hashim Tiba Di Mahkamah Sendirian Bagi Sebutan Pertama Kes Cerai, Beego Tak Hadir

#Anak #cerai #Selebriti #Suami Isteri #Beego #Linda Hashim #Tinggal #Sebumbung
;