Hollywood

Tiga Kali Jadi Janda, Kim Kardashian Tak Pasti Untuk Kahwin Lagi

Maliah Surip
24/02/2024
14:00 MYT
Sponsor Banner
Tiga Kali Jadi Janda, Kim Kardashian Tak Pasti Untuk Kahwin Lagi
Kim Kardashian mungkin memiliki segalanya. Kaya, popular, cantik dan menjadi pujaan peminat sama ada lelaki atau perempuan.
Namun ada satu hal yang tidak dapat dikecapi Kim dengan baik. Kim selalu tewas dalam urusan cinta atau perkahwinan.

BERITA TRENDING: Tak Kisah Kena Marah, Anak Kim Kardashian Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Paparazzi

Wanita yang kini berusia 43 tahun itu sudah tiga kali menjadi janda. Dia pertama kali berkahwin dengan Damon Thomas selama empat tahun iaitu pada 2000 sehingga 2004.

BERITA TRENDING: Kongsi Gambar Anak Persis Mangsa Perang Palestin, Kim Kardashian Teruk Dikecam Warganet

Setelah bercerai buat kali pertama, Kim bertemu jodoh dan berkahwin kali kedua dengan Kris Humphries. Perkahwinan mereka juga singkat iaitu hanya dari 2011 sehingga 2013.
Setahun kemudian Kim berkahwin dengan Kanye West dan mereka bercerai pada 2022.
Kim yang kini dua tahun menjada mengaku tidak pasti sama ada dia akan berkahwin lagi.
“Saya faham kehidupan saya sangat ‘besar’.
“Saya tahu adalah lebih sempurna jika saya punya pasangan hidup (kahwin) tapi ia memerlukan komitmen yang besar. Saya belum bersedia,” katanya sewaktu menjadi tetamu dala SiriusXM's "This Life of Mine with James Corden."
Meski tidak mempunyai pasangan dia mengaku hidupnya tidak pernah sunyi.
“Saya ada anak-anak, keluarga dan kerjaya yang baik.
“Jika saya mahu bercinta dan berkahwin lagi, saya mencari pasangan yang boleh berdikari, seorang yang baik, mempunyai motivasi diri dan ya panjang lagi senarainya,” tambah Kim lagi.
Saat ini Kim digosipkan menjalin hubungan dengan Odell Beckham Jr yang berusia 31 tahun.

PILIHAN PEMBACA: Jackie Chan Tak Kenal Kardashians, Tanya: “Adakah Itu Bahasa Inggeris?”

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar