Hiburan
TikToker Bawa 11 Peguam Ke Balai Polis, Jawab Tuduhan Hamilkan Anak Artis
‘Drama’ Nikita Mirzani dan kekasih anaknya, Vadel Badjideh kembali menjadi pemberitaan hangat di Indonesia selepas Tiktoker tersebut dipanggil pihak polis untuk siasatan.
BERITA TRENDING: Anak Nikita Mirzani Meraung Kena Heret Keluar Apartment, Kekasih Akui Tak Pernah Setubuhi Lolly
Vadel dipanggil memberi keterangan kepada pihak polis di Polres Metro Jakarta Selatan selepas Nikita membuat laporan dia telah melakukan hubungan seks dengan anaknya, Lolly, selain membuat gadis berusia 17 tahun itu hamil dan memaksanya menggugurkan anak.
Untuk menafikan pertuduhan yang disifatkan sebagai fitnah itu, Vadel juga membawa bersama peguamnya, Razman Arif Nasution.
Malah Tiktoker yang terkenal dengan aksi tarian itu tidak hanya ditemani oleh seorang peguam tetapi didampingi seramai 11 orang.
Hal itu didedahkan Razman kepada media massa seperti dilaporkan Kompas.
"Alhamdulillah hari ini saya bersama dengan tim lebih kurang yang terdaftar 11 orang,” ujar Razman.
BERITA TRENDING: Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan
Menurut Razman mereka 11 orang (peguam) sengaja datang bersama menemani Vadel menjalani pemeriksaan dan memberi kenyataan kepada pihak berkuasa mengenai dakwaan Nikita.
Sementara itu usai memberi keterangan kepada pihak polis, Vadel mengaku yakin dirinya tidak bersalah. Dia juga antaranya mendakwa Nikita adalah ibu yang tidak bertanggungjawab kerana telah menolak anaknya, Lolly sebanyak lima kali untuk pulang ke rumah sebelum dia dan keluarga membantu gadis itu.
Terdahulu dia juga menafikan pernah melakukan persetubuhan haram dengan Lolly apa lagi memaksa kekasihnya yang kini telah dipaksa pulang oleh Nikita dan ditempatkan di ‘rumah selamat’, menggugurkan kandungan.