Hiburan

“Tindakan Dia Amat Memualkan” - Diana Danielle Nekad Nak Cerai, Anggap Farid Kamil Hanya ‘Berangan’

Asyikin Mayudin
16/12/2024
03:25 MYT
Sponsor Banner
“Tindakan Dia Amat Memualkan” - Diana Danielle Nekad Nak Cerai, Anggap Farid Kamil Hanya ‘Berangan’
Pelakon Diana Danielle berasa kesal dengan tindakan aktor Farid Kamil yang enggan melepaskan dirinya dan menganggap suaminya itu tidak berpijak di bumi yang nyata.
Tiada apa yang boleh diselamatkan, Diana berkata dia sudah memberi peluang kepada Farid ketika mereka rujuk pada 31 Ogos tahun lalu namun mendakwa suaminya gagal memperbaiki keadaan rumah tangga mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil Tetap Pertahankan Rumah Tangga Dengan Diana Danielle, Mahkamah Perintah Kes Cerai Ke JKP

ARTIKEL BERKAITAN: Prosiding Perceraian Bersama Diana Danielle Diteruskan, Farid Kamil Hadir Ke Mahkamah Dengan Penuh Senyuman - “Hari Ini Hari Yang Terbaik”

“Bagi saya, tindakan dia amat memualkan dan saya rasa dia tidak berpijak pada bumi yang nyata sebab dia berangan. Tak ada apa-apa yang nak kita selamatkan.
“Bila dah rujuk selama setahun, bukankah itu satu peluang untuk kita berdamai dan cuba perbaiki keadaan. Tapi dia gagal berbuat demikian. Jadi. apa yang perlu saya buat sekarang, terus berharap?
“Sudah terlalu banyak harapan sudah peroleh. Bagi saya, ini semua membuang masa kami berdua dan benda ini tidak akan kemana-mana kerana saya bulat hati, saya nak perceraian ini berlaku,” katanya kepada Gempak.
Sudah menjangkakan tindakan Farid, pelakon berusia 32 tahun itu bagaimanapun memohon agar suaminya melepaskannya dan berhenti menzaliminya.
“Jangka, saya rasa dia perlu faham sudah tiba masa untuk lepaskan saya. Tiada alasan dan percubaan lagi. Berpijaklah di bumi yang nyata, lepaskan saya dan jangan zalimi saya lagi.
“Saya rasa semua ini buang masa sebab tiada apa yang akan berubah sebab hidup akan diteruskan seperti biasa.
“Saya akan hadir ke mahkamah dan mahu mendapatkan apa yang saya mahu iaitu perceraian. Cuma bagi saya, ceraikan saya. Itu sahaja. Saya terima semua ini, tetapi kenapa di mahu lakukan cara ini,” ujarnya.
Pada Isnin, Farid enggan melepaskan isterinya ketika sebutan pertama permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin.
Keengganan Farid Kamil menceraikan isterinya membuatkan pasangan selebriti itu diperintah melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Hakim Syarie Abdul Fattah Kamarudin memerintahkan demikian selepas Farid atau nama sebenarnya Farid Farid Kamil Zahari, 43, bertegas tidak mahu melafazkan cerai terhadap Diana.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024