Hiburan
"Tipu Dosa, Saya Tak Kenal Datuk H... Netizen Yang Memandai-Mandai" - Adira
Tiada angin manakan pokok bergoyang, namun desas-desus yang mendakwa penyanyi Adira Suhaimi kini rapat dengan individu yang dikenali sebagai Datuk H dinafikannya.
Malah, Adira menegaskan soalan mengenai individu terbabit tidak seharusnya ditujukan kepada dia memandangkan individu itu tidak wujud dan langsung tidak dikenalinya.
"Siapa Datuk H? kalau saya tipu depan tu masjid..berdosa.
"Saya pun tak tahu..betul saya pun tak tahu. Saya berdosa kalau menipu.
"Ya Allah Ya Tuhan memandai sahaja netizen. Kita memang tak tahu siapa Datuk H itu dan dia memang langsung tak wujud," katanya kepada Gempak.
Sebelum ini menerusi sesi siaran langsung di TikTok, bekas suami kepada penyanyi itu iaitu Datuk Red menerima komen daripada warganet yang mendakwa Adira sedang dipikat oleh seseorang namun tidak menyatakan identiti sebenar individu tersebut.
Namun, hal itu terus dinafikan Adira yang turut sama berada di samping usahawan berkenaan ketika sesi siaran langsung.
Ketika itu, Datuk Red turut kelihatan beremosi dan cemburu ketika warganet mengaitkan bekas isterinya dengan individu tersebut ketika itu.
BERITA TRENDING: Aufahanie Kesal Ada Jenama Produk Tawar Buat ‘Review’ Selepas Kehilangan Abang Tersayang - “Dimanakah Common Sense Anda? This Is Unacceptable”
BERITA TRENDING: Momen Buah Mangga Untuk 'Pak Long' Runtun Hati Warganet
BERITA TRENDING: Kanak-Kanak Perempuan Ditemui Mati Selepas Hilang Sejak Jumaat
BERITA TRENDING: Tragis! Doktor Pelatih Dirogol Dan Dibunuh, Ribuan Lancar Bantahan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat dakwaan tersebut berkemungkinan hanyalah gurauan.