Laman Utama
Top 5 Artis Usia Lebih 40 Tahun Tapi Tetap Cantik! Kulit Pun Flawless!
Benarlah seperti yang dikata, umur hanyalah sekadar angka, yang penting kecantikan diri harus pandai dijaga.
Malah jika dapat wajah cantik dan awet muda dikala usia sudah mencecah lebih 40 tahun itu juga boleh dikira sebagai bonus bagi wanita kan?
Jadi di sini Gempak inin kongsikan top 5 selebriti cantik dan awet muda tak padan dengan usia. Memang meletop!
#Sofia Jane
Menyebut nama Sofia Jane akan lekas terbayang di mata betapa sofistikated dan klasiknya aktres berkaliber ini.
Kejelitaannya dari muda sehingga kini sudah berusia 50 tahun tetap memukau.
Malah, meski watak antagonis Ibu Zara yang dimainkan dalam drama premium Astro Original, One Cent Thief dibenci, namun tidak dapat dinafikan banyak yang cair dengan pesona jelita yang masih ‘sarat’ pada wajahnya.
Mengaku kejelitaan atau cantik bukan sebuah ‘isu penting’ buat dirinya, namun beliau bersyukur kerana dianugerahi dengan ‘pakej’ sedemikian.
Nak tahu apa rahsia Sofia Jane kekal jelita? Anda boleh baca di bawah:
#Datin Maria Farida
Sebut sahaja nama Datin Maria Farida pasti terbayang wajah cantik Pan Asian milik pelakon berusia 53 tahun ini.
Tidak hanya wajah, Maria Farida juga terkenal dengan tutur kata yang lembut, penampilan yang cantik dan juga bentuk badan yang langsing.
Tapi pernah tak terfikir apa agaknya rahsia Maria Farida berwajah baby face ya? Nak tahu, anda boleh baca di bawah:
#Nasha Aziz
Walaupun usianya sudah menjangkau 51 tahun namun kecantikan Nasha Aziz tidak dimamah usia.
Disebabkan kejelitaannya itu maka wajarlah Nasha digelar sebagai supermodel berpengaruh dan setiap kali wajahnya dirakamkan menerusi lensa kamera, pasti akan ada yang memuji selain terkesima melihat kecantikkannya.
#Rozita Che Wan
Terkenal dengan busana kepuk-kepuk manja, bulu mata palsu, penampilan meletop tak nak kalah umpama setiap tempat yang dijejaki adalah medan peragaan, siapa lagi kalau bukan Che Ta!
Dengan personaliti yang menarik, tidak sombong, suka ketawa dan lucu membuatkan ramai menyukai pemilik nama Rozita Che Wan ini.
Mungkin disebabkan sikapnya yang sentiasa happy go lucky dan positif membuatkan dirinya nampak muda.
#Vanidah Imran
Kembali menghiasi kaca televisyen menerusi drama Kudeta, wajah Vanidah Imran tetap tidak banyak berubah, kekal anggun dan kelihatan lebih cantik meskipun meniti usia 49 tahun.
Mungkin ada yang tidak tahu sebenarnya Vanidah pernah menyertai pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 1993 dan berjaya merangkul tempat kedua tau.
Dah nama pun bekas ratu cantik, patutlah sampai sekarang Vanidah tetap kelihatan awet muda. Oh jangan salah sangka ya, sebenarnya pelakon hebat ini juga gemar mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Bonus:
#Datuk Syafinaz Selamat
Kerana kecantikan dan bakat luar biasanya, Datuk Syafinaz Selamat pernah digelar sebagai Cheon Seo Jin Malaysia.
Oh tidak cukup dengan itu, Syafinaz juga mendapat gelaran sebagai vampire disebabkan wajah awet mudanya.
Disebabkan gelaran itu juga, Syafinaz menegaskan bahawa wajahnya adalah asli tanpa sebarang pembedahan plastik.
#Che Ta
#Rozita Che Wan
#Vanidah Imran
#Maria Farida
#Syafinaz Selamat
#Top 5
#Nasha Aziz
#Datuk Syafinaz Selamat
#Sofia Jane
#Artis Cantik Berusia
#Arttis Cantik
#Datin Maria Farida