Laman Utama

#TravelMana: Banwol Island, Pulau Ungu Ini Tarikan Terbaharu Di Korea! Cantiknya....

Azwa Rahman
27/05/2021
13:45 MYT
Sponsor Banner
#TravelMana: Banwol Island, Pulau Ungu Ini Tarikan Terbaharu Di Korea! Cantiknya....
Sudah lama tidak mengembara ke luar negara gara-gara pandemik COVID-19, semakin banyak tarikan terbaharu yang disediakan oleh negara-negara luar untuk pengunjung di seluruh dunia.
Salah satu negara kegemaran ramai, Korea Selatan tidak terkecuali dalam menawarkan satu lagi pulau indah untuk dilawati yang dikenali sebagai Pulau Banwol.
Pulau Banwol atau nama lainnya Purple Island terletak di daerah South Jeolla, Sinan, Korea. Pulau yang sangat instagrammable ini juga dikenali dengan nama Pulau Separa Bulan.
Dua kawasan iaitu Pulau Banwol dan Pulau Parkji dihubungkan dengan sebatang jambatan yang menawarkan pemandangan yang cukup indah.
Lebih istimewa, hampir keseluruhan pulau tersebut dihiasi dengan warna ungu.
Daripada bunga-bunga, atap rumah, dan jalan raya diwarnakan dengan warna ungu untuk menarik pelancong luar ke sini.
Cara untuk ke pulau ini agak mudah. Daripada bandar Seoul, anda boleh menaiki Korea Train Express (KTX) pergi ke Stesen Mokpo. Kemudian, naik bas untuk ke Anjwa-Myeon intersection atau Kampung Anjwa. Kemudian naik bas yang akan terus membawa anda ke jambatan Pulau Banwol.
Simpan impian anda, masukkan Pulau Banwol ke dalam bucketlist percutian seterusnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar