Hiburan

"Tuhan Saja Tahu Betapa Hancurnya Hati Saya" - Noh Berat Hati Serah Musa Kepada Mizz Nina, Akur Perintah Interim Mahkamah!

Amri Hassan
14/01/2024
15:19 MYT
Sponsor Banner
"Tuhan Saja Tahu Betapa Hancurnya Hati Saya" - Noh Berat Hati Serah Musa Kepada Mizz Nina, Akur Perintah Interim Mahkamah!
Penyanyi Noh Salleh memaklumkan telah menyerahkan anak angkatnya, Musa kepada jagaan sementara bekas isterinya, Mizz Nina.

BERITA TRENDING: Noh Salleh Nafi 'Culik' Anak Daripada Mizz Nina - "Musa Memang Bawah Jagaan Saya, Dia Tengah…

Hal itu susulan kehadiran Nina bersama suami dan pihak berkuasa ke kediaman Noh pada malam semalam (Sabtu).
"Terima kasih buat mereka yang mendoakan agar masa depan Musa terjamin harmoni. Buat pengetahuan umum, interview bersama Melodi telah dijalankan pada tarikh 13/1/2024 pada jam lebih kurang 2.45 ptg.
"Namun malam semalam dalam jam lebih kurang 8.30 malam pihak Mizz Nina telah pun hadir di rumah saya bersama-sama dengan suami beliau serta pihak polis dan beberapa orang lain yang tidak dikenali untuk tujuan mengambil Musa dari jagaan saya dengan perintah interim (perintah jagaan sementara) dari mahkanah syariah sebelum sesi mediasi di mahkamah syariah.
"Saya faham dan bagi menghormati perintah mahkamah, saya dengan terpaksa dan berat hati menyerahkan Musa kembali dan akan meminta nasihat peguam saya. Hanya tuhan sahaja yang mengetahui betapa hancurnya hati saya semalam," tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, tegas Noh tiada sebarang perebutan berlaku sepanjang proses terbabit dan percaya dengan jalan perdamaian.
"Tiada sebarang insiden perebutan berlaku malam tadi kerana saya masih percaya dgn jalan perdamaian dan apa yang penting adalah kesihatan mental dan fizikal Musa.
"Saya berharap statement ini jelas dan tiada sebarang spekulasi dari mana2 pihak dan saya juga berterima kasih atas segala doa dari kalian," ujarnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar