Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Tyzo Suka Wanita Berusia - "Mereka Lebih Pandai Jaga Diri, Tak Harap Duit Lelaki"

Gempak 07/08/2024 | 00:55 MYT
Penyampai radio, Tyzo Xander tidak segan silu menyatakan hasratnya untuk memiliki wanita lebih berusia dan pandai berdikari.

Suka wanita berdikari

Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Iskandar memberitahu Gempak, ciri-ciri itu memudahkannya untuk lebih mengenali dan mengekalkan hubungan apabila bersama.
"Saya sebenarnya sudah biasa berkawan dengan wanita lebih berusia daripada saya. Saya suka.. kerana bagi saya mereka ini lebih pandai jaga diri.
BERITA TRENDING: Lydia Menangis Terlalu Cintakan Tyzo, Pernah Luah Perasaan Mahu Berkahwin - "Dah 10 Tahun Saya Tak Berkawan Dengan Mana-Mana Lelaki"
BERITA TRENDING: Baru Hilang Ibu Tersayang, Kesedihan Tak Halang Putra Amaris Teruskan Program Share Rezeki Ramadan - "Moga Dapat Beri Pahala Buat Arwah..."

"Wanita pun perlu hidup berdikari dan jangan harap duit lelaki, jangan bagi alasan mentang-mentang you perempuan bila keluar makan semua lelaki kena bayar. Jangan begitu.

"Perempuan zaman sekarang perlu ada visi. Itu semua penting. Jadi perempuan zaman hari ini perlu berani dan pandai uruskan diri," katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: Rezeki Mencurah, Tyzo Xander Dapat Tawaran Empat Stesen Radio
BERITA TRENDING: Tyzo Xander Pernah Diraba Dalam Kereta? - "Benda Tak Sengaja..."
Bagaimanapun, akui Tyzo dia juga sama seperti lelaki lain yang menyimpan hasrat ingin menamatkan zaman bujang.
"Saya kenal dengan ramai wanita dan setakat ini saya selesa cuma belum ada jodoh. Mungkin masa belum tiba.
"Saya pun ada impian dan harapan. Saya pun nak tayang kebahagian saya juga. Cumanya saya perlukan wanita yang faham saya dan juga boleh terima anak saya," katanya.
Tyzo sebelum ini menjadi bualan kerana dikatakan seolah-olah "Friendzone" usahawan dan pempengaruh Lydia Rosli biarpun wanita berkenaan pernah menyimpan impian untuk berumah tangga bersamanya.

#wanita #Duit #Berdikari #Suka #Lelaki #Berusia #Tyzo #Harap #xander
;