Hiburan
Ulas Isu Rumah Tangga Fazura-Fattah, Netizen Mula ‘Serang’ Tya Ariffin & Asyraf Khalid - “Yang Dari Suka Tengok Podcast Ini, Tiba Rasa Menyampah...”
Gara-gara mengulas isu rumah tangga pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin, pelakon Tya Ariffin serta suaminya iaitu Asyraf Khalid menerima kecaman netizen di laman sosial.
Ulas isu rumah tangga
Menerusi video yang tular, Asyraf berkata tidak sepatutnya khabar angin mengenai punca pergolakan rumah tangga pasangan itu diketahui umum.
“Kalau betul pun, benda tu tak patut keluar. Patutnya bagilah alasan tak sekufu ke atau pun tak sehaluan ke.
“Dia membuatkan orang fikir pula. Adakah sebenarnya cerita ini dikeluarkan Fazura,” ujarnya.
Berharap pasangan itu tidak berpisah, Asyraf bagaimanapun berkata punca sebenar yang berlaku itu hanyalah diketahui oleh Fattah dan Fazura sahaja.
Fikir panjang
Sementara itu, Tya berpendapat seseorang wanita itu perlu berfikiran panjang sebelum membuat sebarang keputusan tanpa melibatkan perasaan dan tidak mudah melatah.
ARTIKEL BERKAITAN: "Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic
ARTIKEL BERKAITAN: "Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus
ARTIKEL BERKAITAN: “Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin
ARTIKEL BERKAITAN: Adira Suhaimi Anggap Fazura Sama Seperti Dirinya - “Dia Macam Saya Tak Tunjuk…
Bagaimanapun, podcast Tya dan Asyraf itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya kurang senang dengan ulasan tersebut selain meminta mereka untuk menjaga rumah tangga sendiri.
“Lebih baik jangan, berikan mereka sedikit privasi untuk mengawalnya. Walaupun sekadar membaca tajuk dan beri nasihat tapi ia nampak tidak sesuai. Banyak lagi topik lain.
“Laki bini ini memang suka guna nama orang lain kot untuk naikkn rating diorang.
“Anda sendiri yakin ke rumah tangga anda akan kekal sampai bila-bila?” komen netizen.