Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ummi Nazeera Bakal Jadi Wajah Fiziwoo? Ini Penjelasan Fiziwoo - “Ummi Merupakan..”

Umirah Halim 05/08/2024 | 11:55 MYT

Memperagakan busana daripada pereka fesyen terkenal Fiziwoo, pelakon Ummi Nazeera berjaya mencuri tumpuan penonton yang hadir di acara Kuala Lumpur Fashion Week 2024 baru-baru ini.

Ummi ​pelanggan tetap

Kongsi Fizi dan Khai, pemilihan Ummi Nazeera sebagai salah seorang selebriti bagi memperagakan koleksi Spring Summer mereka pada tahun ini adalah kerana Ummi merupakan pelanggan tetap mereka sejak dahulu lagi.

Susulan itu, bersempena pertunjukan fesyen kali ini, mereka mahu memberi highlight sesuatu yang berbeza berbanding sebelum ini.

"Ummi merupakan pelanggan tetap kami. Seluruh ahli keluarga dia memang pelanggan kami. Kami bermula sebagai kawan dan sekarang dah macam keluarga. Pemilihan Ummi sebagai model koleksi Spring Summer bertemakan 'Night Butterfly' datang secara semula jadi."

"Kami nak beri highlight yang berbeza sedikit. Walaupun dia berhijab, dia ada vibes. Mungkin sesetengah individu anggap rekaan Fiziwoo nampak seksi. Tetapi kalau betul dengan cara stail, orang yang berhijab tetap akan nampak cantik kalau menggayakannya."

BERITA TRENDING: Suami Ummi Nazeera Mula Tambat Hati Netizen - “Ah Sudah, Aku Dah Minat Doktor Daripada Bini Dia”

BERITA TRENDING: Fiziwoo Keluar Disclaimer, Rakam Video Promosi Baju Raya Bersama Ruhainies Disember Lalu - "Kami Tiada Niat Mencalarkan Imej Individu..."

"Bila ada Ummi, kami cuba ubah persepsi masyarakat. Ummi dianggap sebagai kakak. Sebagai pereka fesyen, saya nak tengok cara dia bergaya. Lagipun, Fiziwoo rai semua orang tak kira bangsa dan warna kulit,” katanya kepada Gempak.

Apabila disoal sama ada Ummi bakal dilantik sebagai wajah Fiziwoo yang akan datang ataupun tidak, Khai secara ringkas menjawab mereka memandang ke hadapan mengenai perkara tersebut.

"Kalau dedah awal-awal nanti tak surprise. Lagipun tak tahu jadi ataupun tidak. Saya rasa biar benda itu menjadi sesuatu yang kami memandang ke hadapan."

BERITA TRENDING: Ummi Nazeera Tolak Tawaran Berlakon Lagi Dengan Aliff Aziz - “Bukan Sebab Dia Ada Buat Salah Tapi…”
BERITA TRENDING: "Buat Suami, Berhati-Hati Dalam Tutur Bicara... Share Live Location Walau Tak Diminta" - Dr Izzar

"Jenama Fiziwoo ini untuk semua. Bukan untuk komuniti Melayu sahaja. Komuniti Cina pun beri sokongan kepada kami. Kami akan bekerjasama dengan ramai orang selepas ini. Ummi Nazeera ibarat 'sneak peek' apa yang boleh kami kongsikan setakat ini,” ujarnya.

#Ummi Nazeera #Model #KLFW #Muse #Fizi #klfw24 #woo
;