Laman Utama
"Buat Suami, Berhati-Hati Dalam Tutur Bicara... Share Live Location Walau Tak Diminta" - Dr Izzar
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr Izzar sempat memberikan pesanan ringkas kepada golongan suami yang ketika ini dihimpit dengan kisah sensasi pasangan berpoligami.
Tulis Dr Izzar di Instagramnya, para suami perlu sentiasa bersedia dan bijak menguruskan emosi isteri ketika ini yang kebanyakannya sedang meredam dengan cerita terbabit.
"Buat suami-suami di luar sana, bersedialah. Berhati-hatilah dalam tutur bicara bersama pasangan.
"Iyakan sahaja apa diminta dan minta maaf siap2 walaupun taktau apa kesalahan yang telah dan akan dilakukan.
"Wife share reel/ tiktok video yang kita sebenarnya dah tengok pun buat-buatlah macam tak pernah tengok lagi.
"Sharelah juga live location kat whatsapp tu selalu walaupun tak diminta. Doakan yang baik-baik untuk semua," pesannya.
Pesanan itu turut disertakan foto typografi berbentuk huruf jawi Alif yang rata-ratanya mengaitkan dengan kisah sensasi rumah tangga pasangan pempengaruh Aliff Teega dan Aishah Hijanah.
Namun, ada yang turut berseloroh dengan nama Alif lain.
"Pasni makcik FB yang tak kenal mesti tag Alif Satar, Aliff Syukri dan Aliff Aziz. Depa pun akan kena tempias juga," tulis seorang pengguna di ruang komen.
Terdahulu tular kisah pempengaruh Aliff Teega yang mengaku telah berkahwin dua dan mohon berdamai dengan takdir.
BERITA TRENDING: Aliff Teega Mengaku Kahwin Dua - “Terima Kasih Isteri Pertama Saya Kerana Bersabar”
Sementara itu, isteri pertamanya Aisyah Hijanah turut mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka.Oktober lalu, Aisyah mendedahkan perkahwinan mereka cuba dihimpit pihak ketiga yang juga pekerja sendiri.
Aisyah juga memaklumkan dia turut membawa Alif berubat selepas dia dipercayai terkena penyakit ain selain gangguan sihir pemisah.
PILIHAN PEMBACA: “Cukup La Satu, Kenapa Nak Pasang Dua, Tiga & Empat” - Kamal Adli
Must-Watch Video