Hiburan

Ummi Nazeera Tak Kisah Suami Jadi Pelakon - “Kalau Dia Minat, Saya Tiada Masalah, Tapi..”

Umirah Halim
21/10/2024
12:55 MYT
Sponsor Banner
Ummi Nazeera Tak Kisah Suami Jadi Pelakon - “Kalau Dia Minat, Saya Tiada Masalah, Tapi..”

Pelakon, Ummi Nazeera tidak menolak sekiranya suami, Dr Mohd Izzar Anwari terjun ke bidang industri seni.

Tak pernah bincang

Ummi atau nama sebenarnya, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin bagaimanapun berkata dia dan suaminya tidak pernah membincangkan perkara tersebut dengan serius.

“Sebenarnya dengan saya, dia (suami) serius. Tapi, dengan kawan-kawan kot, dia macam itu (kelakar). Cuma, ada jugalah kelakar-kelakar dia bila dengan saya, tapi saya tengok dirinya sebagai seorang yang lebih serius dalam semua perkara.

"Malah, setakat ini suami pun masih lagi tidak mendapat sebarang tawaran menyertai program lawak jenaka di TV. Tak ada lagi dan saya pun tak rasa dia nak buat. Tapi, tak tahulah sebab kami tak pernah bincangkan hal ini.

"Saya pun ada ditanya juga kalau suami nak jadi pelakon. Tapi, saya memang tak pernah bincang pula fasal dia jadi pelakon. Cuma, kalau dia berminat, saya tiada masalah dengan perkara itu (berlakon)," katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: Akibat Bentuk Badan Berisi, Ummi Nazeera Pernah Diejek - “Dia Panggil Saya Godzilla..”

​BERITA TRENDING: "Kami Sayang Kamu…” - Anggota One Direction Terkejut, Sedih Dengan Kematian Liam Payne

​BERITA TRENDING: Liam Payne Meninggal Dunia, Terjatuh Dari Tingkat 3 Hotel

​BERITA TRENDING: Video Podcast Kembali Tular, Ramai Sebak

Malah, pelakon filem Hikayat Merong Mahawangsa itu juga tidak kisah sekiranya suaminya itu dikenali ramai.

Katanya, dia dan suami sudah mempraktikkan hubungan yang sentiasa menyokong antara satu sama lain.

"Saya selesa dan tiada masalah. Saya tiada masalah kalau dia (suami) dikenali ramai. Saya okay saja. Sebenarnya saya dengan suami, kami dalam perhubungan ini, saya tidak 'control' (kawal) dia dan dia juga tak 'control' saya.

"Ini kerana, apabila kami buat keputusan nak berkahwin dulu, saya terima dia (suami) seadanya dan dia terima saya seadanya. Tapi, kalau awak buat berbeza selepas kita berkahwin, itu dah lain.

"Maksudnya, kalau dia (suami) nak buat sesuatu macam nak berlakon ke, nak jadi pelawak ke, kalau awak rasa benda itu bagus untuk awak dan anak-anak, saya okay. Sama jugalah situasi dengan saya," katanya lagi.

Terdahulu, Ummi dan Dr Mohd Izzar Anwari bernikah pada 23 Julai 2017. Hasil perkongsian hidup tujuh tahun itu, mereka dikurniakan anak iaitu Ayra Aneesah, 6, dan Aysha Arsylia kini berusia tiga tahun.

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024