Usus Bocor Punca Rohana Jalil Meninggal Dunia? Jom Semak Punca & Simptom Dialami Pesakit
Industri seni tanah air dikejutkan dengan berita penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekitar pukul 11.33 malam, Selasa.
Sebelum ini, media pernah melaporkan Allahyarham Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil dimasukkan ke hospital sejak April lalu dan diletakkan di bawah pengawasan akibat masalah kebocoran usus.
Jom kita semak apa yang dimaksudkan dengan kebocoran usus atau leaky gut syndrome.
Menurut Cleveland Clinic, kajian menunjukkan mereka yang mengalami penyakit gastrousus atau masalah berkait usus berpotensi mengalami kebocoran usus.
Menerusi laman web perubatan itu, sindrom usus bocor berlaku apabila lapisan mukus atau lendir di dalam usus yang dicipta untuk menyerap air dan nutrien daripada makanan ke dalam aliran darah mengalami kebocoran.
“Dinding usus bertindak sebagai pelindung kepada bakteria dan agen jangkitan daripada memasuki usus.
“Keadaan usus bocor menyebabkan bakteria dan jangkitan daripada saluran pencernaan memasuki aliran darah,” katanya.
Tambah Cleveland lagi, keadaan usus mengalami kebocoran memang berlaku, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia penyakit di dalam usus atau boleh menyebabkan kesan lain.
Sumber itu turut menyenaraikan keadaan usus bocor boleh berlaku disebabkan beberapa faktor, antaranya:
1. Radang kronik seperti penyakit radang usus (IBD) dan seliak (gangguan autoimun jangka panjang yang terutamanya memberi kesan kepada usus kecil).
Bagaimanapun Cleveland Clinic turut berkata, tiada gejala yang boleh dikaitkan secara langsung dengan masalah kebocoran usus.
Terdapat beberapa simptom yang biasa dialami oleh pesakit termasuk:
1.Rasa pedih atau terbakar dalam usus.
Merujuk laman web kesihatan Healthline, tiada perawatan khusus untuk pesakit yang mengalami usus bocor sebaliknya, doktor akan memberi rawatan untuk mengurangkan gejala yang dialami pesakit.
“Sekiranya pesakit disahkan mempunyai penyakit seliak yang menyebabkan alahan kepada nutrien protein, mereka akan dinasihatkan agar mengikuti diet bebas gluten untuk membantu menyembuhkan usus.
“Bagi mereka mengalami IBD pula, doktor akan berikan ubat antiradang, sistem imun, antibiotik, penahan sakit dan suplemen seperti zat besi, kalsium dan vitamin D yang boleh membantu memulihkan lapisan usus,” jelasnya.
Menurut Healthline lagi, untuk pesakit sindrom kerengsaan usus (IBS) pula, mereka akan diberikan ubat depresi, antibiotik, penahan sakit atau ubat khusus untuk IBS iaitu alosetron, lubiprostone, linaclotide.
Kesemuanya dapat membantu mengurangkan gejala yang dialami.
Sumber - Cleveland Clinic & Healthline