Laman Utama

Utuh 17 Tahun! Aaron Aziz Imbas Kenangan Kahwin, Peminat Usik -“Amboi Dia Punya Hayun Tangan Lepas Sah…”

Mya Amri
05/08/2020
23:00 MYT
Sponsor Banner
Utuh 17 Tahun! Aaron Aziz Imbas Kenangan Kahwin, Peminat Usik -“Amboi Dia Punya Hayun Tangan Lepas Sah…”
Pelakon Datuk Aaron Aziz dan isterinya, Datin Diyana Halik baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-17.
Istimewanya kali ini, Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, 44, mengimbas kembali kenangan mereka dengan memuat naik video akad nikah menerusi akaun Instagramnya.
“17 tahun dahulu. Sebelum @danishanaqiaaron sebelum @dwiarianaaaron sebelum @dahliaarissaaaron.
“Cepat betul masa berlalu. Semoga Allah berkati rumahtangga kami @diyanahalik. Happy Anniversary Dar,” coretnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberikan ucapan ulang tahun kepada pasangan sweet ini.
“Amboi tok kadi punya hayun tangan suruh sambut lafaz, bergegar,” usik @farain_zinodin
“Dia punya hayun tangan bila lepas sah @aarondwiaziz. Anyway, happy anniversary,” komen @ayang_ibrahim
“Lain macam dia punya shakehand bang... Risau pulak nengoknya, Happy anniversary both of you,” tulis @call.me.eim
Tidak kurang juga ada yang mengucapkan rasa gembira dan bersyukur kerana perkahwinan Aaron dan Diana semakin utuh.
“Tak sangka dah 17 tahun dah bergelar suami isteri. Harap kekal hingga ke Jannah,” ucap @ahmadnazhan_2002
Aaron mendirikan rumah tangga dengan Datin Diyana Halik pada Ogos 2003.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Danish Anaqi, 16, Dwi Ariana, 14 dan Dahlia Arissa, 10.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar