Uyaina Arshad Tak Terkesan Netizen Petik Nama Bakal Disaman ‘Abang Bas’ - “Saya Cakap Berlandaskan Fakta, Nak Cakap Saya ‘Terpaling’…Terpulanglah”
Uyaina Lali Kecaman
Menurut Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 32, berkata, dia sudah lali dengan makian dan kutukan netizen kerana ia adalah asam garam seseorang yang bergelar selebriti.
“Tak (terkesan), sebab saya bukan semalam baru ada dalam industri. Saya dah lali, ia satu kebahagiaan. Kecaman, makian, kritikan dan kutukan saya terima, Alhamdulillah.
“Saya juga pernah kena banned, perkongsian terbaharu saya tentang gangguan seksual yang pernah dialami seseorang ketika kecil dahulu ada dimuat naik di TikTok, tetapi ia dikatakan melanggar syarat komuniti. Platform lain okay,” katanya ketika ditemui pemberita pada Rabu.
Beri Kesedaran Bukan Jatuh Hukum
Tambah Uyaina, niatnya hanyalah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat dan bukan bidang kuasa untuknya menjatuhkan hukuman kepada ‘Abang Bas’.
“Duit mereka, saya selalu percaya seseorang itu tidak bersalah jika belum didapati bersalah. Ini adalah syarat dalam undang-undang yang digunakan di mana-mana saja kepada sesiapa sahaja dan tidak kira siapa orang itu.
Cakap Ikut Fakta
Dalam masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu turut menegaskan dia lantang bersuara dengan menggunakan fakta dalam menegakkan kebenaran.
“Perkara ini dah ada akta, bukannya saya yang buat, memang dah ada. Apa yang dilakukan menurut akta tersebut adalah salah. Siapa saya untuk cakap sesuka hati saya.
Terdahulu, pemandu bas atau lebih dikenali sebagai 'Abang Bas' didakwa di Mahkamah Muar, Johor atas pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan namun dibebaskan dengan bayaran jaminan sebanyak RM40,000 pada Selasa.