Laman Utama
Vass Baju ‘Social Distancing’ Che Ta, Suami Vicha Scammer? - Ini Antara Lima Kisah Panas Hari Ini
Apa berita menarik hari ini? Kami sajikan hanya yang terhangat untuk pembaca Gempak. Let’s recap lima kisah selebriti hari ini.
#1. Paranoid COVID-19, Che Ta pakai baju ‘social distancing’
Aktress jelita, Rozita Che Wan mengambil langkah berjaga-jaga dengan memilih atau meminta pereka fesyen untuk mencipta busananya yang ‘mesra’ prosedur operasi standard (SOP)..
#2. Aaron Aziz mohon netizen henti kecam ‘Kak Long Kosmetik’
Aktor hebat Datuk Aaron Aziz memohon orang ramai agar berhenti berkongsi cerita dan mencemuh ‘Kak Long Kosmetik’ yang tular sekitar minggu lalu.
#3. Vicha sedih suami didakwa scammer
Pelawak yang berasal dari Indonesia, Vicha Saywho akui sedih apabila menerima persepsi yang kurang enak dari orang sekeliling terhadap suaminya yang merupakan warganegara Nigeria.
#4. Shiha Zikir tepis dakwaan persembahan ada unsur syirik
Penyanyi Shiha Zikir menafikan persembahannya menerusi lagu Aewo ketika final Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) pada Ahad lalu mempunyai unsur syirik seperti yang didakwa segelintir netizen.
#5. Pasangan tak faham, Megat Rahim ‘berehat’ daripada bercinta
Bintang Big Stage 2022 Megat Rahim mengambil keputusan untuk ‘berehat’ daripada hubungan cinta bersama pasangannya bagi memberi laluan dan tumpuan pada pertandingan yang disertai.