Hiburan

Video Beego Buat Panggilan Telefon Dengan Ibu Raih Perhatian Netizen - “Sekiranya Umur Abang Tak Panjang…”

Asyikin Mayudin
01/02/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
Video Beego Buat Panggilan Telefon Dengan Ibu Raih Perhatian Netizen - “Sekiranya Umur Abang Tak Panjang…”
Tular di TikTok video memperlihatkan pelakon Beego menghubungi ibunya dan memberi kata-kata manis selain turut memohon maaf.

Mohon maaf

Menerusi perkongsian video di TikTok, Beego berharap ibunya dapat menghalalkan makan minum dan memaafkan kesalahannya sekiranya dia pergi dahulu.

“Abang nak minta maaf dunia akhirat, halalkan susu semua, makan minum. Sekiranya umur abang tak panjang, mama reda abang, maafkan abang.

“I love you, I love you mama dunia akhirat,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dipersoal Tiada Gambar Suami Selepas Rujuk, Linda Hashim Bagi Alasan - "Bukan Tak Nak Post, Tapi..."

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Cerai Tapi Jodoh Panjang, Linda Hashim & Beego Akhirnya Rujuk Semula - “Saya Buang Ego Diri & Bersihkan…”

Menerusi panggilan telefon itu, ibu Beego berkata dia sudah menghalalkan segalanya dan mendoakan yang baik-baik buat anak lelakinya itu.
“Sudah tentu anak, I reda, I dah halalkan dunia akhirat. No worry. Insya-Allah dengan izin Allah. Semuanya akan baik untuk awak. Moga berjaya dunia akhirat,” ucap ibunya.

Doa yang baik

Ketika ditanya adakah berasa bimbang berjauhan dengan ibu, Beego berkata dia yakin wanita kesayangannya itu sentiasa dalam keadaan baik.

“Saya tahu dia ada orang-orang sekeliling. Biasa mak dekat rumah nenek, makcik semua ada. Diorang ada satu group, hari-hari mereka bersama.

“Cuma kita tak nak bila kita berjauhan itu sesuatu buruk yang berlaku la,” katanya.
Video tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata memuji cara suami kepada selebriti Linda Hashim itu melayan ibu tercinta.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024