Laman Utama

[VIDEO] Kasih Leia Ixora Akhirnya Jawab Persoalan Mengenai Keadaan Fizikal Kurus - “Lepas Kena Bedah, Ambil Ubat Hidung…”

Asyikin Mayudin
28/01/2023
01:50 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Kasih Leia Ixora Akhirnya Jawab Persoalan Mengenai Keadaan Fizikal Kurus - “Lepas Kena Bedah, Ambil Ubat Hidung…”
Selepas lama mendiamkan diri, akhirnya anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Leia Ixora tampil menjawab segala persoalan mengenai fizikalnya terlalu kurus.
Menerusi perkongsian video di TikTok, Kasih memberitahu dia sememangnya mempunyai masalah Lymph Node namun ia bukan punca sebenar badannya kurus.
“Saya nak beritahu korang satu benda… sepanjang Disember lalu saya kena macam-macam, kena hentam la sebab kenapa kurus sangat, sakit ke. Tapi saya tak jawab pun.
“Sebab saya tak tahu apa masalah saya… Sebab itu saya pergi PPUM dan saya pun dah dapat keputusan dan lepas kena bedah, kena ambil ubat hidung la, saya ingat ada masalah Lymph Node.
“Dan memang ada masalah tapi itu saja… Selain daripada itu tiada masalah. Doktor pun cakap ‘Kasih saya rasa kamu saja kurus la. Kamu makan ke?’. Hello, saya makan banyak McDonald,” katanya.
Masih tidak mengetahui punca sebenar, Kasih bagaimanapun berkata kemungkinan keadaan bentuk badannya itu disebabkan genetik.
“Jadi, itulah jawapan saya… Semua orang tanya anorexia ke, leukemia ke, hipertension ke, hipertiroid, blood pressure ke… Guys, jawapannya adalah tak tahu.
“Satu-satunya penjelasan yang saya boleh berikan adalah ia hanyalah genetik. Jadi, kalau masih ada soalan kenapa macam ini sila tanya ayah.
“Akhir sekali, saya sebenarnya nak cakap terima kasih kepada semua orang yang komen dekat TikTok saya, sama ada rude atau concern yang tanya saya ok ke tak,” ujarnya.
Terdahulu, Azhar berkongsi detik cemas saat puteri sulungnya, Kasih Leia Ixora dikatakan pitam selepas menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Kasih yang berusia 21 tahun itu turut berkongsi video berada di bilik rawatan di wad prosedur khas serta menunjukkan kesan pemeriksaan yang diambil di bahagian lehernya.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
@terimame.v2
THANK ?
♬ original sound - KASIH LEIA IXORA
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar