Laman Utama

Video Lagu Baby Shark Mendapat Tontonan Paling Banyak Di Seluruh Dunia!

Asraf Aided
04/11/2020
12:27 MYT
Sponsor Banner
Video Lagu Baby Shark Mendapat Tontonan Paling Banyak Di Seluruh Dunia!
Lagu kartun Pinkfong, Baby Shark merupakan video yang paling banyak mendapat tontonan di seluruh dunia di YouTube, lapor AWANI.
Sejak dimuat naik pada 17 Jun 2016, video itu ditonton oleh lebih 7.044 bilion kali.
Disebabkan populariti itu, Pinkfong dikatakan mengaut pendapatan sebanyak AS$5.2 juta (RM21.6 juta).
Lagu yang popular dalam kalangan kanak-kanak itu mengalahkan Despacito oleh Luis Fonsi dan Daddy Yankee (2019) dengan 7.038 bilion tontonan, Shape of You oleh Ed Sheeran (2017) dengan 5.05 bilion dan Uptown Funk oleh Bruno Mars (2014) dengan 3.99 bilion, menurut laporan BBC.
Lagu Baby Shark itu bukan sahaja popular dalam kalangan kanak-kanak tetapi juga dalam kalangan dewasa.
Ramai dilihat menari dan menyanyi “doo doo doo doo dooo” di acara festival muzik ternama Amerika Syarikat (AS), Coachella pada tahun 2019.
Video tarian Baby Shark pula telah dimuat naik di YouTube pada 2016 oleh Pinkfong, iaitu syarikat hiburan dan pendidikan kanak-kanak Korea Selatan.
Lagu itu mulanya mendapat perhatian di seluruh Korea Selatan, sebelum merentas dunia menerusi Internet apabila orang ramai membuat video tarian serta menyahut cabaran mempersembahkan semula lagu tersebut yang mempunyai melodi menarik.
Sumber : Astro AWANI//Suraya Mia Kredit Foto : Pulse News Korea
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar