Hiburan

Video Podcast Kembali Tular, Ramai Sebak Dengar Hasrat Fattah Amin - “Sekiranya Sudah Tiada… Saya Mahu Orang Kenal Saya Sebagai Muslim Yang Baik & Taat Perintah Allah”

Mya Amri
11/10/2024
03:55 MYT
Sponsor Banner
Video Podcast Kembali Tular, Ramai Sebak Dengar Hasrat Fattah Amin - “Sekiranya Sudah Tiada… Saya Mahu Orang Kenal Saya Sebagai Muslim Yang Baik & Taat Perintah Allah”
Pelakon, Fattah Amin menjadi perhatian netizen selepas ramai yang meluahkan rasa sebak mendengar sesi podcast Borak Dulu Baru Kamu yang kembali tular.

Mahu diingati sebagai muslim yang baik, taat perintah Allah

Dihoskan oleh Ubai MZ, Fattah yang hadir sebagai tetamu menjawab dengan ikhlas beberapa soalan yang diberikan kepadanya.
Antaranya, Fattah berkongsi dia mahu diingati sebagai seorang Muslim yang baik dan taat pada perintah Allah andai kata dirinya sudah tiada lagi di dunia ini.
“Soalan yang sangat deep, bagi saya tugas sebagai seorang selebriti, artis, pempengaruh ni kita nak mempengaruhi orang atau peminat kita itu untuk jadi lebih baik.

“Sudah tentu kita pun mahu jadi terbaik, jadi saya nak orang kenali saya secara umum sebagai seorang muslim yang baik, taat pada perintah Allah itu yang pertama.

“Seorang insan, seorang bapa yang menyayangi isteri, anak, seorang artis yang memberi contoh tauladan yang baik kepada semua peminat.

“Sebagai contoh, macam Alif Satar buat. Itu adalah satu usaha yang sangat baik dan bagus. Bila dia buat itu semua orang nak ikut. Saya memang salute Alif Satar,” ujarnya sebak.
@astrogempak @Fattah Amin dah ‘fattah’-riukkan Faizul. Kesian Faizul, dah la tumpang motor kawan tu ?? @Ubai Mz & Fattah Amin berlucu dalam #borakdulubarukamu sekejap je lagi di semua Platform Astro Gempak! #borakdulubarukamu #sembangentertainment #fattahamin ♬ original sound - Gempak
Saksikan video penuh podcast Borak Dulu Baru Kamu bersama Fattah di bawah:
Terdahulu, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti popular, Fazura dan Fattah akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari pada pukul 9.45 pagi Isnin.
Fattah melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.

ARTIKEL BERKAITAN:Adik Fattah Amin Beri Kata-Kata Semangat - “Moga Allah Pelihara Insan Insan Istimewa Ini Daripada Dicaci & Dihina”

ARTIKEL BERKAITAN:Sentiasa Luah Rasa Rindu Terhadap Anak & Isteri, Pekin Ibrahim Puji Sikap Fattah Amin - “Tak Sekali Pun Saya Nampak Dia Gatal Atau Cerita Hal Wanita”

ARTIKEL BERKAITAN:Lana Nodin Nasihat Fazura Jangan Buka Aib, Takut Efek Anak - “Esok Budak Tu Dah Besar, Tengok Malu Saja”

ARTIKEL BERKAITAN:“Semoga Segala Urusan You, Abdul Fattah Amin Dipermudahkan” - Sherry Ibrahim Titip Kata-Kata Semangat Buat Bekas Kekasih

ARTIKEL BERKAITAN:“Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin

Untuk info, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar