Laman Utama

[VIDEO]: Sebak Bila Anak Zarina Zainuddin Ucap - “Azal Bukan Orang Gila…”

Mya Amri
14/10/2022
08:30 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO]: Sebak Bila Anak Zarina Zainuddin Ucap - “Azal Bukan Orang Gila…”
Pelakon, Zarina Zainuddin berkongsi video menyentuh hati apabila anaknya, Azal memberitahu dirinya tidak gila.
Menerusi video pendek itu, Azal menafikan maklumat yang ditulis di laman wikipedia yang mendakwa dirinya merupakan orang gila.
“Azal bukan orang gila… Azal jaga ibu dan jaga abang Azil…” katanya.
Dalam video itu juga turut terdengar esakan Zarina yang sebak sebaik sahaja Azal berkata demikian.
Sementara itu di bahagian komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti meluahkan rasa sedih serta simpati dengan nasib yang menimpa Azal dan Zarina.
“Sebaknya dengar. Saya harap sesiapa yang kata Azal gila tu, Tuhan balas di dunia. Jaga kata-kata,” komen Catriona Ross.
“Azal anak bijak… Anak syurga… Pembela ibu dan keluarga. Amin… Biar apa orang nak kata. Azal dapat banyak pahala, orang yang kata Azal gila tu dia akan dapat bahagian dia, stay strong sister,” tulis Serina Redzuawan.
Terdahulu, ada individu tidak bertanggungjawab telah menyunting butiran peribadi yang tidak benar tentang Azal di wikipedia.
BACA: Zarina Zainuddin Terkedu, Wikipedia Sunting Info Anaknya Orang Gila, Suka Tantrum & Hitam - “Saya Peluk Azal, Saya Kata…”
Untuk info, Zarina telah berkahwin dengan Datuk Seri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993.
Pasangan ini mempunyai empat orang anak lelaki iaitu Muhammad Adam Azrai Abu Raihan, Muhammad Naim Azrai Abu Raihan, Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil).
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar