Laman Utama

Zarina Zainuddin Terkedu, Wikipedia Sunting Info Anaknya Orang Gila, Suka Tantrum & Hitam - "Saya Peluk Azal, Saya Kata ..."

gempak
Syafiqah Jalal
13/10/2022
03:48 MYT
Sponsor Banner
Zarina Zainuddin Terkedu, Wikipedia Sunting Info Anaknya Orang Gila, Suka Tantrum & Hitam - "Saya Peluk Azal, Saya Kata ..."
Pelakon Zarina Zainuddin sedih dan terkilan apabila anaknya, Azal dituduh dengan pelbagai maklumat tidak benar termasuk didakwa merupakan orang gila.
Zarina terkejut apabila Azal sendiri menunjukkan maklumat yang ditulis di laman Wikipedia tentang butiran peribadi tentang dirinya yang jauh dari info sebenar.
Tidak mahu anaknya murung, Zarina pun terus memberi kata-kata semangat supaya anaknya yang merupakan seorang autisme tidak terkesan dengan apa yang dibaca.
“Azal hantar pada saya ibu ada orang tulis di wikipedia kata Azal gila ibu tengok ni ..
“Saya yang baca jadi terkedu sekejap, saya peluk dia saya kata Azal tak gila Azil (seorang lagi anak kembarnya) tak gila ..
“Azal dan abang Azil anak istimewa .. anak ibu ..Allah ada .. biar orang kata apa Allah ada .. kalau Azal sayang ibu jangan sedih tau,” pujuknya.
Zarina berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi entri itu dia memuat naik rakaman skrin mengenai info yang ada di wikipedia yang menulis nama penuh Azal.
Selain didakwa gila, dalam maklumat itu juga tertulis Azal tinggal di neraka dan tiada pasangan kerana tiada siapa yang menginginkannya.
Entri berkenaan mendapat perhatian pengikutnya serta rakan artis yang rata-rata turut bersimpati dengan apa yang berlaku selain berang dengan tindakan individu yang cuba memfitnahnya.
“Anak syurga ya Allah. Be strong sis,” komen Fasha Sandha
“Segala info dari Wikipedia atau Google kebanyakan salah, tak sangka ini paling jahat,” kata Ozlynn.
Zarina telah berkahwin dengan Datuk Seri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993.
Pasangan ini mempunyai empat orang anak lelaki iaitu sepasang kembar Muhammad Adam Azrai Abu Raihan, Muhammad Naim Azrai Abu Raihan, Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil).
Dua daripada empat anak beliau mengidap autisme.
Setelah sekian lama menyimpan rahsia, sekitar tahun 2018, Zarina telah membuka cerita bahawa dia selama ini hidup bermadu dengan Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor sejak 25 tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live