Laman Utama

[VIDEO] Semakin Terbuka, Cat Farish Kongsi Momen ‘Sweet’ Dengan Shikin Maembong - “Betul Orang Cakap Cinta Tak Payah…”

Asyikin Mayudin
08/05/2023
03:50 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Semakin Terbuka, Cat Farish Kongsi Momen ‘Sweet’ Dengan Shikin Maembong - “Betul Orang Cakap Cinta Tak Payah…”
Penyanyi Cat Farish kini semakin terbuka berkongsi video dan gambar kemesraan dengan kakak kepada aktres Emma Maembong iaitu Shikin Maembong di laman sosial.
Terbaharu menerusi sepotong video di TikTok, penyanyi itu berkata dia tidak menyangka apabila perasaan cinta secara tiba-tiba wujud dalam hatinya.
“Bila perasaan fly (terbang) muncul tanpa disedari. Bila kita dikejutkan dengan perasaan yang muncul tiba-tiba dalam sekelip mata.”
“Betul orang cakap cinta tak payah dicari, ianya muncul dengan sendiri tepat pada masanya tanpa kita sedari dan kita rancang,” katanya menerusi perkongsian video di TikTok.
Dalam pada itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas turut mendoakan hubungan Cat dan Shikin sampai ke jinjang pelamin.
Terdahulu, Cat mengakui dia kini sedang berkawan rapat dengan Shikin Maembong.
Untuk info, Cat pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli namun bercerai pada April 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13, dan Qul Iskandar,12.
Cat kemudian mendirikan rumah tangga sekali lagi dengan Suriani Hassan, 37, pada November 2020 tetapi bercerai pada Januari lalu. Bagaimanapun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sementara itu, Shikin pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Chef Riz yang juga anak kepada Chef Wan pada 5 Disember 2014 tetapi bercerai pada Jun 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Putri Arianna.
Shikin turut mendirikan rumah tangga kali kedua pada Mac 2020 namun bahtera yang dibina berakhir selepas dua tahun. Namun identiti suaminya ketika itu tidak ketahui sehingga kini.
@catfarish747 Bila perasaan fly muncul tanpa disedari. Bila kita dikejutkan dengan perasaan yang muncul tiba tiba dalam sekelip mata. Betul orang cakap cinta takyah nak cari,ianya muncul dgn sendiri tepat pada masanya tanpa kita sedari dan kita rancang. Semestinya #okayou Sememangnya #okayou #catinlove #babameetdadi #fyp #cekopis #psp #pitstopperut #shikinmaembong @Shikin maembong ♬ Bahagiaku Sederhana - Jamik Jams & Feat Rangga & Ayena Prowind
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar