Hiburan

Video Usik Ruhainies 'Penyondol' Tular, Janna Nick; "Jauh Di Sudut Hati Mengata Orang Jatuh Ditimpa Tangga, Saya Simpati Dengan Semua Pihak"

Amri Hassan
01/05/2024
01:50 MYT
Sponsor Banner
Video Usik Ruhainies 'Penyondol' Tular, Janna Nick; "Jauh Di Sudut Hati Mengata Orang Jatuh Ditimpa Tangga, Saya Simpati Dengan Semua Pihak"
Pelakon Janna Nick tiada niat untuk menyindir atau mengulas mengenai isu panas yang membabitkan mana-mana pelakon terutama Ruhainies.
Mengulas mengenai sepotong video yang tular ketika Janna menemuramah Ruhainies dan mengusiknya dengan gelaran penyondol, kata pelakon itu ia hanyalah kebetulan dan video terbabit ditularkan semula oleh warganet.
"Video itu video lama, apa yang saya ulas itu tiada niat untuk menyindir atau 'tumpahkan teh', tidak. Video itu hanyalah gurauan mengikut isu semasa ketika itu.
"Saya dengan Ruhainies, ketika itu telahpun berdamai dan tiada lagi pergaduhan. Kenapa saya nak menyindir perkara tak baik? Sebenarnya itu hanya gurauan," katanya kepada Gempak.

BERITA TRENDING: “Siapa Yang Berani Sentuh, Saya Tak Kisah Nak Masuk Penjara” - Janna Nick

Janna ditemui pada sambutan Rumah Terbuka Warner Music Malaysia Raikan Raya di Aloft KL Sentral, Kuala Lumpur pada Selasa turut bersimpati dengan nasib semua pihak yang kini sedang berdepan kontroversi ketika ini.
"Mungkin hal itu terkena dengan situasi sekarang dan orang keluarkan balik, jauh di sudut hati saya untuk mengata orang yang sudah jatuh ditimpa tangga.
"Tolong jangan palitkan saya dengan isu ini sebab saya turut bersimpati dengan semua pihak.
"Sebab saya anggap ini ujian mereka, kita tak nak jadikan ujian ini sebagai bahan jenaka kerana takut ia akan berbalik pada kita," tambahnya.

BERITA TRENDING: Janna Nick ‘Kecewa’ Lagi, Ujian Kehamilan Negatif - “Kena Paksa Diri Untuk Terima Belum Rezeki”

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar