Viral

“Siapa Yang Berani Sentuh, Saya Tak Kisah Nak Masuk Penjara” - Janna Nick

gempak
Gempak
29/04/2024
03:55 MYT
Sponsor Banner
“Siapa Yang Berani Sentuh, Saya Tak Kisah Nak Masuk Penjara” - Janna Nick
Susulan isu ‘penyondol’ sedang hangat diperkatakan, pelakon Janna Nick memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang berani ‘menyentuh’ suaminya, Dini Schatzmann.

Berbahagia

Menerusi program hiburan yang dikendalikan Ahad lalu, Janna berkata, dia kini sedang berbahagia dengan suaminya dan dia tidak kisah untuk masuk penjara jika ada yang mengganggu rumah tangga mereka.
“Dalam fasa yang saya tengah happy dan Dini sahaja kebahagiaan saya, siapa berani sentuh saya tak kisah masuk penjara,” katanya.
Dalam masa sama, Janna mengakui risau, memandangkan apa-apa sahaja yang boleh berlaku di kemudian hari.
“Kita takut terpalit juga… nak mengata orang pun takut. Kita tak tahu apa akan berlaku di masa hadapan.
“Macam saya dengan Dini, hari-hari buat TikTok, seronok-seronok, mesra. Orang puji sangat pun saya takut. Tiba-tiba Allah uji kita,” katanya lagi.
Terdahulu, isu mengenai rumah tangga Bella Astillah dan Aliff Aziz menjadi buah mulut netizen tatkala seorang individu bernama Sarah Yasmine berkongsi tangkap layar perbualan mesra antara Aliff dan pelakon Ruhainies.
Sumber: TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Setuju Janna Nick & Dini Couple Paling Tak Cringe Di Media Sosial? - “Dah Macam Couple Goblin K-Drama”

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Suka Tengok Dini Kongsi Pengisian Khutbah Jumaat Dengan Janna - “Suami Yang Baik, Wife Yang Supportive”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live