Laman Utama
[VIDEO]Fatin Afeefa Kesal Anak Dituduh Berstatus Luar Nikah, Anggap Bekas Suami Melampau! - “Saya Tak Pernah Burukkan Dia”
Pelakon Fatin Afeefa dakwa tuduhan bekas suami yang juga pelakon Adam Shahz mengenai anaknya Arrian adalah anak luar nikah disifatkan sebagai melampau.
Fatin memberitahu Adam sengaja mencetuskan perkara berkenaan dan mendakwa bapa kepada anaknya itu culas dalam memberi nafkah.
“Saya tak pernah halang dia (Adam) jumpa anak-anak. Saya tak pernah buruk-burukkan bapa anak saya. Sangat kebudak-budakkan untuk sentuh mengenai anak saya. Anak saya Arrian bukan anak luar nikah, tolonglah!
“Selama ini tak pernah contact anak, ini tiba-tiba cakap nak jaga. Anak kau dah pandai cuci pinggan, lipat baju baru nak jaga. Masa dia kecil tak nak pula kau jaga. Dia lebih layak dengan saya.
“Dia bagi nafkah pada anak tapi setahun saja, saya ada resit. Cuba tanya dia resit untuk empat tahun kebelakang mana? Tak ada! Saya tak pernah minta dia bayar balik nafkah,” katanya.
Fatin menjawab dakwaan sengaja memutarbelitkan cerita sehinggakan timbul konflik dengan Adam dalam siaran langsung di TikTok.
Pertengkaran antara aktres Fatin Afeefa dan bekas suami, Adam Shahz berlarutan selepas bermula dengan tuduhan pelakon wanita itu ke kelab malam.
Pun begitu, Datin bersedia jika Adam mahu mengambil tindakan atau memfailkan saman terhadap dakwaannya yang dianggap fitnah.
“Macam ini Adam, awak buat saya. Saya doakan rezeki awak dimurahkan. Kalau nak saman, tolonglah saman saya. Peguam saya dah sedia, ada semua dokumen.
“Saya lebih dari bersedia cuma saya nak awak (Adam) keluarkan duit dulu. Sebab dah penat nak keluarkan duit saya dulu.
“Saya dah tak larat, dah lima tahun.. saya dah move on (sambil tunjuk cincin di jari),” tegasnya lagi.
Untuk rekod, Fatin dan Adam mendirikan rumah tangga pada tahun 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai pada 30 Mei 2017.
Sumber: Youtube Coffee Panas
Must-Watch Video